Mengimbau zaman persekolahan dan realiti sekarang
Asalamualaikum semua, Hari ini tiba-tiba teringat kembali zaman persekolahan dahulu, bangun pukul 6 pagi, kemudian bergegas ke bilik mandi untuk membersihkan diri dan berwuduk. Setelah selesai, menuju pula ke surau untuk menunaikan solat subuh secara berjemaah. Jarak perjalanan antara surau dan asrama tidak la berapa jauh, dianggarkan hanya 1 kilometer sahaja. Namun, teruja nya setiap pagi apabila mengenangkan ustaz yang membawa rotan untuk mengejutkan pelajar yang nyenyak tidur di pagi hari. Disebabkan itulah, menjadi rutin pelajar untuk bangun awal ke sekolah. Telah sedekad berlalu, dimana ak meninggalkan zaman persekolahan, namun memori itu menjadi kenangan yang terindah untuk hidupku. Harap-harap reuonion akan diadakan pada masa akan datang. Rindu nak jumpa rakan-rakan persekolahan . Sekarang, walaupun sudah bertahun-tahun tak berjumpa dengan rakan lama, namun masih lagi saya dapat mengingati nama setiap pelajar dalam kelas. Cuma nama pelajar perempuan dah tak berap...