Prinsipku Bermula dari Bawah

Asalamualaikum semua dan selamat tahun baru

Sejak aku graduate dari universiti, aku tidak kisah dengan jawatan yang aku mohon, walaupun aku mempunyai banyak cita cita besar sebelum ini. Pekerjaan adalah sumber rezeki, tiada yang membezakan antara satu sama lain. Ini kerana, prinsip ini lah yang aku banyak fahami apabila membaca biografi orang yang telah berjaya. Bagi aku,  Biarlah kita bermula dari bawah, belajar dari permulaan sesuatu perkerjaan supaya kita memahami kesukaran setiap pekerjaan dalam sesuatu organisasi. Jadi apabila kita berada diatas, kita akan memahami setiap orang yang berada di bawah kita


Learn everything from start.

Aku pernah mendapat tawaran sebagai R&D Engineer di sebuah kilang. Namun, setelah berfikir bahawa jawatan yang diberikan tidak sesuai dengan minat aku , jadi aku menolak. Aku merasakan apabila bekerja, perlu ada hati dan minat. Setelah interview di beberapa kilang dan ditawarkan pelbagai jawatan, akhirnya aku memilih technician. Aku jadikan kerjaya sebagai technician sebagai kerjaya pertama aku dalam hidup ini.  Semoga aku mendapat kerjaya yang aku ingini dan mencabar selepas aku berhenti dari kilang ini.

Begitulah prinsip aku yang aku masih pegang sampai sekarang. Anda pula bagaimana. Mungkin berbeza, kerana setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza, dan itulah yang menjadikan setiap insan itu unik dimata setiap orang. Semoga aku dapat menaiki anak tangga satu persatu ke atas sehingga sampai ke puncak kejayaan.. InsyaAllah..

Dan apabila kita melihat ke belakang, kita akan menyedari bahawa setiap langkah, walaupun kecil, adalah sebahagian daripada perjalanan menuju kejayaan. Jangan takut untuk memulakan dari bawah, kerana itulah tempat kita boleh belajar dan membina asas yang kukuh. Setiap pengalaman, baik atau buruk, adalah pelajaran berharga yang membantu kita berkembang dan bersedia untuk cabaran yang lebih besar di masa depan.

Akhir kata, teruskan berusaha dengan penuh semangat dan jangan pernah berputus asa. Tiap usaha yang kita lakukan akan membuahkan hasil jika kita terus konsisten dan percaya pada diri sendiri. Selamat tahun baru sekali lagi dan semoga tahun ini membawa lebih banyak kejayaan dan kebahagiaan untuk kita semua. InsyaAllah.

#AzamTahunBaru #Kejayaan #BelajarDariPermulaan #Motivasi


Comments

Popular posts from this blog

Syarat-syarat menyertai INSEP

Singgah di Kompleks Pelancongan Jeti Semeling, Merbok

Tugu Peringatan Tsunami Kota Kuala Muda, Kedah