Tips memohon kerja kosong
Apabila melihat iklan kekosongan jawatan, caranya bukan lah dengan terus menghantar resume melalui emel atau pos, kemudian menunggu jawapan. Sekiranya anda berbuat begitu, pasti anda akan menunggu kira-kira 2-3 bulan untuk mendapatkan pekerjaan. Ini kerana, bukan anda seorang yang akan memohon, tapi beratus ratus permohonan akan tiba ke HR setiap hari. Berdasarkan pengalaman penulis semasa bekerja sebelum ini, boleh dikatakan setiap hari akan kelihatan individu menghantar surat permohonan kerja/resume di guard kilang. Jadi komunikasi dengan HR adalah cara paling sesuai untuk menonjolkan diri anda dari orang lain. Cara yang paling berkesan setakat ini bagi penulis adalah 1. Call company tersebut dan minta disambungkan ke HR untuk pertanyaan tentang jawatan kosong yang diiklankan. 2. Apabila panggilan ke HR telah disambungkan, perkenalkan diri dan terangkan sebab anda call HR tersebut. kemudian tanya tentang requirement kerja kosong tersebut, dan mintak e-mel HR untuk menghantar...