Tips memohon kerja kosong


Apabila melihat iklan kekosongan jawatan, caranya bukan lah dengan terus menghantar resume melalui emel atau pos, kemudian menunggu jawapan. Sekiranya anda berbuat begitu, pasti anda akan menunggu kira-kira 2-3 bulan untuk mendapatkan pekerjaan. Ini kerana, bukan anda seorang yang akan memohon, tapi beratus ratus permohonan akan tiba ke HR setiap hari. Berdasarkan pengalaman penulis semasa bekerja sebelum ini, boleh dikatakan setiap hari akan kelihatan individu menghantar surat permohonan kerja/resume di guard kilang. Jadi komunikasi dengan HR adalah cara paling sesuai untuk menonjolkan diri anda dari orang lain.

Cara yang paling berkesan setakat ini bagi penulis adalah

1. Call company tersebut dan minta disambungkan ke HR untuk pertanyaan tentang jawatan kosong yang diiklankan.
2. Apabila panggilan ke HR telah disambungkan, perkenalkan diri dan terangkan sebab anda call HR tersebut. kemudian tanya tentang requirement kerja kosong tersebut, dan mintak e-mel HR untuk menghantar resume. Ataupun, post resume anda jika kerja berdekatan dengan kawasan tempat tinggal anda.
3.  Sebelum menamatkan panggilan, pastikan anda mengatakan anda akan menghantar resume anda pada tarikh dan waktu tertentu.

Itu lah caranya. Call dan berkomunikasi dengan HR secara terus, dan selalunya penggunaan Bahasa Inggeris adalah digalakkan.



Semoga berjaya...

Usaha, Doa & Tawakkal

Comments

  1. thanks for the info...tpi sy dh mintak bnyak kat jobstreet..still xda yg panggil iv

    ReplyDelete
  2. Dekat jobstreet mmg susah nak dapat panggilan. Lebih2 lagi, pemohon adalah sangat ramai. Sepanjang saya menggunakan jobstreet dlm masa 2 tahun, hanya 2 kali dipanggil interview dari beratus2 permohonan.

    Apa pun, gud luck...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Syarat-syarat menyertai INSEP

Singgah di Kompleks Pelancongan Jeti Semeling, Merbok

Tugu Peringatan Tsunami Kota Kuala Muda, Kedah