Posts

Showing posts from 2020

Kucing Jalanan Kelaparan

Image
Tersedar seketika apabila melihat kucing dalam kelaparan. Bunyi Meow yang kedengaran, menantikan makanan dari insan yang lalu lalang di hadapan kedai. Terasa sedih apabila melihat banyak kucing-kucing tidak bertuan di sekitar bandar. Tiada makanan yang didapati kerana kedai makanan yang menjadi tempat ia menjamu selera telah tutup. Diwaktu pandemik ini, banyak kedai-kedai telah ditutup termasuk kedai makanan kerana kekurangan pelanggan. Dengan kucing yang masih berkeliaran mencari makanan disekitar kedai, memberi seribu keinsafan. Berbekalkan makanan kucing yang ada dalam kereta, dapat jugak memberi sinar kegembiraan kepada kucing-kucing yang menunggu makanan.  Tidak dilupa kucing yang berada sekitar perumahan. Terasa senang hati, walaupun jasa ku hanya lah sekecil ni apabila melihat betapa lajunya kucing makan dengan berselera.  Semoga kucing kucing ini sentiasa dibantu orang ramai. InsyaAllah. 

Membela Kucing dapat Mengurangkan Stress

Image
Kucing peliharaan telah menjadi satu kemestian bagi sesiapa yang tinggal dibandar. Kemesraan yang ditonjolkan oleh seekor kucing akan membuatkan seseorang berasa disayangi dan positif. Sebenarnya, membela kucing dapat mengurangkan stress bagi sesiapa sahaja. Buktinya, kajian sains dari menunjukkan 15-30 minit masa berkualiti dengan kucing dapat memperbaiki mood dan meningkatkan kesihatan mental. Sasa kita bermain dengan kucing, terdapat reaksi bahan kimia dalam otak yang menghasilkan serotonin yang menaikan semangat dan mengurangkan penghasilan hormon cartisol. Cortisol ditambah dengan tekanan darah tinggi boleh membuatkan seseorang mudah mendapat penyakit jantung dan hypertension. Jadi, dengan meluangkan masa bersama kucing, sebenarnya dapat menyihatkan diri sesorang secara tidak lansung. Dari sedikit demi sedikit, stress seseorang akan terkawal dan kita boleh mengelakkan dari terkena penyakit darah tinggi.  Mengikut kajian, seseorang yang membela kucing, dapat mengura...

Kucing Jalanan perlukan Kasih Sayang Anda

Image
Kucing jalanan telah menjadi haiwan yang kita akan selalu jumpa semasa dijalan dan kedai-kedai. Sebenarnya kucing betina dewasa boleh melahirkan anak sebanyak 3 kali dalam setahun. Jumlah anak yang dilahirkan setiap kelahiran adalah sebanyak 1-5 anak kucing. Maka disebabkan itu, bilangan nya semakin banyak. Namun, boleh dikatakan dari 1-2 sahaja selamat untuk membesar menjadi dewasa kerana kucing dijalanan mudah terkena penyakit dan ada yang dilanggar kenderaan.  Cuma jika kita melihat kucing-kucing ini djalanan, jangan lah membiarkan sahaja. Berikan lah makanan, ini kerana kucing sebegini mendapat makanan dari ihsan manusia. Jika ia memburu pun, antara haiwan yang boleh diburu di kawasan bandar adalah tikus dan burung sahaja.   Sediakan pack makanan untuk mereka, ini kerana setiap kucing yang anda memberikan makanan, mungkin mereka akan mendoakan kebaikan untuk kita.  Mungkin kita tak sedar, namun mereka jugak mintak dikasihi dan disayangi. Jangan lah lu...

Dr Stone Anime Berkonsepkan Sains

Image
Dah lama sebenarnya tidak menonton cerita berdasarkan anime. Kalau ada pun, selalunya Upin Ipin dan Boboi, itu pun sebab ditayangkan di TV3 semasa waktu senggang. Cuma bila terbaca sebuah artikel mengenai drama ini, baru lah terdetik untuk menonton.  Nak cari cerita ni sebenarnya sangat mudah. Boleh tonton di IFLIX atau di Netflix. Kalau di Iflix iia adalah percuma tapi di Netflix berbayar. Kalau tiada sambungan inernet yang stabil, boleh saja beli DVD cerita ini di Popular.  Boleh dikatakan cerita yang dipaparkan memang membuatkan kita berfikir yang sains boleh digunakan untuk mempercepatkan pembagunan sebuah tamadun. Dari kajian sains secara berterusan, ilmu perubatan, fizik, kimia dan pembuatan mesin berkembang dari sedikit demi sedikit. Ia menjadi satu anime check list jika anda ingin memahami sains dengan lebih lanjut.  Ia berkisar Senku Ishagami (Dr Stone), seorang peajar genius yang menjadi orang pertama pulih dari letupan sinaran cahaya yang membuatkan...

Covid 19 Vaksin telah ada

Image
Setelah setahun, akhirnya vaksin yang akan menjadi pencegah pandemic ini telah tiba.  Terdapat banyak institut yang cuba menghasilkan vaksin, dan hanya syarikat diatas yang berjaya dalam mempercepatkan proses pengeluaran vaksin ini. Kita kena sedia maklum proses pembuatan vaksin selalunya mengambil masa kira-kira 2-3 tahun sebelum ia diuji betul-betul selamat. Disebabkan ia dianggap kecemasan untuk negara, maka penggunaannya telah diluluskan di United Kingdom (UK).  Malaysia jugak telah bersedia untuk menerima vaksin pertama pada awal tahun 2021. Dimana, waktu penerimaan vaksin bergantung kepada pengeluaran syarikat vaksin pfizer. Percubaan ke atas warga Malaysia akan dijalankan dengan kawalan KKM. Pada masa yang sama, US turut akan memberi penvaksinan secara menyeluruh pada beberapa hari lagi. Ia baru sahaja diluluskan oleh FDA, sebagai vaksin kecemasan untuk membendung pandemic ini dari terus merebak.  Diharap pamdemik.yang berlarutan sejak tahun...

PKPB dan Rentas Negeri ( Situasi 7 Dec 2020 )

Image
Diwaktu Covid 19 masih lagi membelengu negara dengan kes 4 angka, kerajaan telah membenarkan pergerakan rentas negeri untuk negeri-negeri sebelum ini melaksanakan PKPB mulai 7 December 2020. Kita sedia maklum PKPB di Selangor telah dilaksakan sejak bulan Oktober lagi, setelah pilihan raya negeri Sabah dilaksanakan. Tiada arahan kuarantine kepada pelawat dari Sabah ke Semenanjung pada waktu itu telah menyebabkan virus ini merebak dikalangan orang tempatan. Mengikut keadaan semasa, sasaran kerajaan adalah mengawal penularan virus ini agar terkawal dan pada masa yang sama memulihkan eknonomi dan perniagaan tempatan. Jika sebelum ini, KKM banyak mengeluarkan data R Nought (RO) sebagai  penanda aras untuk menghapuskan virus ini dari merebak, sekarang ia lebih kepada mengawal agar ia tidak terlalu besar sambil menunggu penghantaran Vaksin Covid-19 Pfizer/BioNTech  pada awal tahun 2020. Kita juga sedia maklum vaksin ini akan digunakan secara besar-besaran oleh United King...

Sudah Setahun Covid-19 Melanda

Image
Sudah setahun Covid bermula dan merebak ke seluruh dunia. Masih teringat lagi pada bulan March, pada waktu negara mengalami ketidakstabilan politik, tiba tiba kita dikejutkan dengan lock down, yang mana semua industri ekonomi ditutup. Kilang tempat dimana aku mencari rezeki  bekerja turut ditutup sementara untuk memgelakkan merebaknya penyakit berjangkit ini.  Banyak industri perniagaan yang ditutup dan ia menyebabkan domino effect kepada peniaga yang kecil hingalah yang besar. Industri yang sangat terkesan adalah industri berkaitan pelancongan dan perhotelan.  Pada waktu itu, banyak maklumat mengenai covid ini aku perolehi dari internet dan radio. Tiada TV yang dapat ditonton kerana bagi aku tiada keperluan membelanjakan duit untuk membeli ia. Jarang sekali aku menonton television kecuali apabila pulang ke kampung halaman di Kedah ataupun rumah di Melaka. Dari situlah aku mengetahui bagaimana ia merebak dan cara mencegahnya. Teringat lagi aku pada...

Pemikiran dan Perubahan

Image
Sejak kecil kita dididik supaya mengutamakan pelajaran, kerana pelajaran dapat membawa seseorang itu jauh kehadapan. Dengan ilmu yang ada, seseorang boleh mengaplikasi dalam kehidupan dan mencari rezeki yang halal. Setiap ilmu yang kita perolehi, perlulah diletakkan dalam hati, untuk mendapat keredhaan Allah, kerana imu ini datang dari Allah S.W.T. Dari ilmu ini lah, tamadun tamadun besar zaman dahulu kala lahir dan ia bercambah menjadi pelbagai cabang ilmu.  Dari ilmu lah, lahirnya seorang insan yang boleh berbakti kepada ibu bapanya, mencari rezeki untuk mencukupkan keperluan hidup dan menyumbang tenaga kepad pembagunan agama, bangsa dan negara. Ia adalah modal insan sesebuah negara untuk mempunyai pelbagai individu yang berkebolehan dalam bidang masing masing.  Cuma apabila tamatnya zaman persekolahan, universiti, perasaan untuk menuntut ilmu itu semakin berkurangan. Susah rasanya untuk menghabiskan sebuah buku walaupun ia mudah dizaman persekolahan. Susahnya un...

Paip Ekzos Patah. (Saga LMST)

Image
Dalam proses nak start kenderaan dan mengundur ke belakang, baru tersedar ekzos telah terlanggar bonggol tanah. Dalam hati aku, "Tak sangka, tiba tiba bunyi seperti kereta turbo yang sedang berlumba." Cuma aku tidak sangka, bunyi itu berpanjangan sampai la tiba di office.  Dalam hati aku sentiasa bersangka baik semasa dalam perjalanan, ia hanya sementara dan tiada masalah. Jika rosak sudah tentulah memerlukan mengeluarkan belanjawan tuk membaiki ekzos itu. Cuma kali ni, aku berasa seperti memandu kereta turbo disebabkan bunyi vroom, vroomm. haha. Terasa macam kereta lumba bila memotong.  Bila periksa balik keadaan ekzos setelah habis pejabat, baru sedar ia telah pun bengkok ke bawah, dan pipe ekzos memang audah longgar. Ia umpama menanti masa sebelum jatuh. Memang malang kali ni, dan jika nak cari kedai membaiki ekzos, memang kena cari di sekitar pekannya. Kalau ikutkan, ekzos patah, kena tukar, bukan nak welding lagi.  Setelah berminggu memandu de...

Keropok Lekor Kajang Yang Sedap

Image
Susah sebenarnya hendak mencari keropok lekor yang betul-betul umph seperti di Terengganu. Cuma bila dah jumpa, terus jadi pelanggan setia. Kali ni, penulis berkesempatan untuk singgah di salah sebuah kedai melayu yang menjual keropok keropok warisan orang terengganu dan kelantan ni. Ia terletak di kawasan Sg Balak kajang dan ia mudah dikenali dengan kedai yang berada disebelah jalan. Ia menjual keropok kering dan keropok losong. Harganya memang murah dan sesuai dengan kualiti.

Restoran Stesen Kota Bharu, Cheras

Image
Stesen Kota Bharu, antara restoran yang popular di sekitar Cheras. Berkesempatan singgah pada waktu tengah hari, namun disebabkan bilangan pengunjung yang terlalu ramai, maka terpaksa membatalkan hasrat untuk makan disini. Beratur panjamg untuk mendpatkan meja disini. Disebabkan pandemic Covid19, maka terpaksa lah restoran menjarakkan meja antara satu sama lain.  Mungkin pada masa akan datang, akan singgah disini lagi nanti. 

Review Palm Hotel Seremban

Image
Palm Hotel Seremban adalah tempat yang dituju kali ini. Sampai jugak kami ke seremban, dan apa yang membuatkan kami tertarik dan menarik adalah hotel ini berkongsi sekali dengan pasaraya. Ia boleh diakses dengan berjalan kaki kerana ia didalam bagunan yang sama. Apa yang menariknya, terdapat banyak kedai di pasaraya ini dan ia membuatkan perjalanan kami disini tidak selesai pada satu hari. Pasaraya ini dikenali sebagai Palm Mall.Disini terdapat macam-macam barang-barang, dengan pakaian wanita, pakaian lelaki, dan barang-barang ekslusif tempatan/international. Rambang mata apabila berjalan sepanjang deretan kedai disini. Ada nya pelbagai kedai disini, antaranya brand brand popular seperti Aeon Max Valu, Aeon Wellness, Bata, Black Canyon, Sushi King, Burger King dan panggung wayang. Banyak kedai makanan yang ada disini dan ia memberikan anda banyak pilihan semasa ingin menjamu selera. Boleh dikatakan memang banyak pengunjung di restoran-restoran ini. Jadi nak makan sedap seda...