Pandemik yang berterusan.

Dikala pandemik masih lagi berlarutan hampir. Rasanya, ia memberi satu tamparan kepada mana-mana industri. Lebih banyak company yang terpaksa menutup operasi, apabila gagal menghadapi kesan berlarutan ini. Tidak terkecuali industri yang sedang aku bekerja, mungkin saja ia menutup operasi apabila ia gagal menampung hutang yang sedia ada. Biarlah masa menentukannya, cuma persedian perlu dilakukan dari semasa ke semasa. 

Benarlah, ia memberi kesan dari segi emosi dan pemikiran. Perubahan ini telah mengubah segalanya. Dari harga makanan yang meningkat, norma baharu yang dipraktikkan, dan bilangan kes yang meningkat setiap hari, memberi kesan trauma kepada yang bekerja pada waktu ini. Rasa tidak selamat, membuatkan kita mengeluarkan stress hormon berpanjangan. Langkah yang disarankan, tarik nafas panjang dan lepaskan dengan perlahan. Jauhkan diri dari membaca berita-berita mengenai pandemik kerana ia akan meningkatkan lagi stress secara berterusan. 

Permata, semoga bersabar dan menghadapi dugaan ini dengan hati yang tenang. 

Comments

Popular posts from this blog

Syarat-syarat menyertai INSEP

Singgah di Kompleks Pelancongan Jeti Semeling, Merbok

Tugu Peringatan Tsunami Kota Kuala Muda, Kedah