Berbuka di Masjid Kajang: Sebuah Kisah Ramadan
Matahari semakin merendah di ufuk barat, memberi isyarat bahawa waktu berbuka semakin hampir. Di pekarangan Masjid Jamek Kajang, suasana semakin meriah. Bau harum lauk-pauk yang disediakan oleh sukarelawan memenuhi udara. Aku tiba lebih awal dari biasa, sekadar ingin menikmati ketenangan sebelum azan Maghrib berkumandang.
Aku bersembang dengan seorang muslim yang berasal dari bangladesh, Muhamad Muhin namanya - bermula dari cerita kerja apa sehinggalah perbualan kami jauh sampai ke negara Bangladesh. Macam macam yang diceritakan cuma aku tidak menyangka, dia tidak mempunyai cuti semasa bekerja. Setiap hari adalah hari bekerja baginya, mungkin aku pun tidak pasti kontrak kerja apakah yang persetujui, dan aku berdoa semoga dia dimudahkan rezeki. Tiba-tiba seorang pakcik berbaju melayu h duduk di sebelahku, senyumannya ramah. "Kerusi ni kosong ka?” tanyanya sambil membawa sedikit juadah berpuasa di. Aku menggeleng, “belum ada orang, duduk la pak cik.” Bermula lah perbualan aku dengan pak cik tersebut sehinggalah aku kenali namanya Pak Cik Fauzi. Bila aku menyebut nama aku, terus dia katakan, nama popular tu. 😅 tergelak aku sambil berkata itu YB, saya ni inshman biasa saja.
Di hadapan kami, makanan disusun rapi, ini semua berkat usaha Muhaman Muhin yang beratur mengambil makanan tadi Kurma, bubur lambuk, nasi berlauk, dan segelas air oren. Sederhana, tapi cukup membuka selera. Beberapa kanak-kanak berlari-lari kecil mencari tempat duduk di kalangan jemaah, matanya penuh keterujaan menunggu waktu berbuka. Teringin aku katakan, terasa hendak mempunyai anak kecil, tapi belum lagi rezeki.
Beberapa minit sebelum azan, suasana menjadi lebih tenang. Ada yang menadahkan tangan, berdoa dengan penuh pengharapan. Ada yang sekadar duduk, menikmati detik-detik akhir sebelum berbuka. Aku sendiri sempat memanjatkan doa, mengharapkan Ramadan kali ini lebih bermakna.
“Allahu Akbar, Allahu Akbar...”
Laungan azan Maghrib berkumandang. Suapan pertama kurma terasa begitu nikmat, seolah-olah mengingatkan bahawa lapar dan dahaga itu hanya sementara. Walaupun ia ringkas, teringat aku kenangan lama berbuka bersama-sama sahabat handai di sekolah dulu. Hati terasa penuh dengan rasa syukur. Berbuka di masjid bukan sekadar menikmati makanan, tetapi merasai kehangatan ukhwah—berkongsi rezeki dengan yang lain, sama-sama menghayati nikmat Ramadan.
Selepas solat Maghrib berjemaah, aku duduk sebentar di perkarangan masjid, melihat kesibukan di sekitar. Ada yang masih makan, ada yang berkemas, ada yang bersiap untuk solat Isyak dan tarawih. Ramadan di Masjid Kajang, sederhana tetapi penuh makna.
Indahkan, itu la Ramadhan. Penuh berkah.
Comments
Post a Comment