Cerita Berbuka Di Masjid Al Mubarakah, Kuala Lumpur

Sudah hampir maghrib, aku memutuskan untuk berbuka puasa di masjid. Tak seperti hari-hari biasa, ada sesuatu yang istimewa setiap kali berbuka di masjid—sebuah ketenangan yang sukar dijelaskan dengan kata-kata. 

Sambil menunggu waktu Maghrib, aku melihat jemaah datang, ada yang membawa bekalan masing-masing untuk berbuka. Ada yang bawa kurma, air mineral, dan ada juga yang membawa kuih muih. Semua datang dengan satu tujuan yang sama—berkumpul dan berbuka di masjid dalam suasana yang penuh keberkatan. Makanan berbuka turut disediakan oleh kakitangan masjid untuk sesiapa yang singgah disini. 

Sambil itu, aku berbual dengan beberapa orang yang nampak serasi untuk bersembang. Ia lebih banyak perkongsian sambil berbicara mendalam tentang isu kewangan. Cuma bila bertanya pada umurku, terus tersentak. "Saya ingat abg dah tua macam 40-an, rupanya dalam 36. Abg mmg nampak tua dari usia" berseloroh aku katakan ini kesan kerja terlampau keras di waktu muda, gelak aku hari tu. Waktu berbuka tiba, semua orang duduk dengan tenang, berkongsi makanan dalam harmoni. Alhamdulilah, ada jemaah yang memberikan sebutir kurma segar besar seperti anggur rasanya. Lama tak makan kurma sebegini. 

Selesai berbuka, kami semua bersama-sama menunaikan solat Maghrib berjemaah. Setelah itu, senyum di wajah semua jemaah menunjukkan betapa bahagianya berbuka di masjid—bukan hanya dengan makanan, tetapi dengan ukhuwah yang tercipta.

Masa berbuka di masjid bukan sekadar tentang makan, tetapi lebih tentang kebersamaan dan kekuatan spiritual yang kita rasa apabila kita berada dalam komuniti yang saling menyokong. Alhamdulillah untuk setiap detik yang diberkati ini. 


#BerbukaDiMasjid #Ramadan #Kebersamaan

Comments

Popular posts from this blog

Syarat-syarat menyertai INSEP

Singgah di Kompleks Pelancongan Jeti Semeling, Merbok

Tugu Peringatan Tsunami Kota Kuala Muda, Kedah