Tugu Peringatan Tsunami Kota Kuala Muda, Kedah



.
Kalau sebut Tugu Peringatan Tsunami Kuala Kedah ni, mesti ramai yang tak tau kan. Monument ni dibina sebagai memperingati  tsunami yang melanda Kuala Muda pada tahun 2004. Dah 10 tahun kan, tragedi ni, jadi supaya masyarakat pada masa akan datang tidak melupakan peristiwa ini, tugu peringatan ini pun didirikan. Tugu ni dibina menggunakan 26 bot nelayan yang rosak akibat tragedi tersebut, yang mengambarkan tarikh 26 Disember dan ia dibina sedemikan rupa kerana semasa tragedi bot-bot nelayan bertindih antara satu sama lain.

Masa tiba di sini minggu lepas, dah tak nampak kesan tsunami tu lagi. Semua telah dibangunkan semula seperti sebelum kejadian berlaku. Kedai-kedai makan pun banyak sekitar tugu ni. Mungkin tempias sekiranya ada pengunjung yang datang nak tengok tugu peringatann. 

Di sebelah tugu peringatan ni, terdapat kawasan berpagar yang menempatkan rumah-rumah penduduk yang musnah disebabkan ombak besar semasa tsunami melanda kampung ni. Kebanyakkan rumah penduduk di persisir pantai iaitu Kampung Sungai Muda dan Kampung Sungai Tepi musnah. Sekarang rumah-rumah yang kosong tu dijadikan memorial tsunami kepada pengunjung yang melawat kawasan ini.



Sebelum pulang, sempat la, bersantai di persisr pantai dekat kawasan tugu peringatan ni. Kawasan persisir pantai ni memang panjang, cuma tak boleh mandi, sebab berselut. tapi memang berangin dan sejuk je semasa berada di sini. Kalau dari jauh, dah boleh nampak bagunan di Pulau Pinang yang pesat membangun dan bot-bot nelayan yang pulang dari laut.  






Setiap peristiwa yang berlaku pasti ada hikmah kan. Sekarang, banyak kemudahan baru yang dibuat untuk nelayan disini. Diharapkan nelayan disini mendapat  kehidupan yang lebih baik melalui peruntukkan yang diberikan. Tanpa nelayan, kat mana la kita nak cari ikan lauit.. Nak mancing, susah sekali, jadi hargai lah keringat nelayan.


Comments

Popular posts from this blog

Syarat-syarat menyertai INSEP

Singgah di Kompleks Pelancongan Jeti Semeling, Merbok