Posts

Showing posts from 2015

Kesukaran tapi melahirkan kegembiraan

Image
Apabila memegang jawatan sebagai Engineer, aku mendapati lebih mudah untuk menyampaikan ilmu yang aku ada disamping menyiapkan kerja yang diberikan. Tiada spesifik jobscope yang diberikan, tapi hanya kepercayaan kepada diriku untuk melakukan tugas tersebut. Itulah yang aku mahukan, kepercayaan. Tugas yang aku berjaya aku lakukan setakat ini adalah menyiapkan 41 work instruction yang baru untuk kilang ini. Semua work instruction berjaya di keluarkan untuk kegunaan production member. Ia juga merupakan requirement dalam ISO9001 dan TS16949. "keperluan mempunyai WI untuk individu yang setting machine". Itulah tugas yang paling seronok aku lakukan. berkomunikasi, research, benchmark, testing dan akhirnya publish kesemua kerjaku. Setiap WI yang aku lakukan, berdasarkan perbincangan, manual book dan setting ke machine. Bukan lah kerja yang mudah, kerana untuk menyiapkan kesemuanya dalam tempoh 2 minggu, namun kesabaran ini menyebabkan aku berjaya menyiapkan. Setiap WI mempu

Kursus Akademi Binaan Malaysia-CIDB

Image
Untuk sesiapa yang berminat belajar kemahiran untuk meningkatkan peluang kerja di industri, anda boleh memohon kursus-kursus percuma di ABM * Akedmi Binaan Malaysia . Kursus yang disediakan adalah dalam bidang : Building Crane Operation Plant Operation Industrilised Building System Civil Blasting & Painting Mechanical & Electrical Non Destructive Testing Drafting Syarat umum untuk sertai adalah ( Dari website ABM ) Warganegara Malaysia.  Sihat tubuh badan.  Boleh membaca, menulis & mengira.  Kelayakan umur: - Program Belia 18-35 tahun. - Program Personel 19-55 tahun.  Program Personel perlu mempunyai kad hijau yang masih sah tempohnya dan pengalaman kerja 6 bulan dalam bidang berkaitan. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari website ABM : http://www.akademibinaan.com.my/web/ Untuk maklumat lanjut kursus kad hijau, lihat post sebelum ini. 

CIDB, Kad Hijau dan Kursus Percuma

Image
Kepada sesiapa yang berminat untuk sertai Oil & Gas, sudah boleh grab peluang untuk join kursus yang disediakan oleh pihak CIDB under Akademi Binaan Malaysia. Kursus ini adalah percuma sekiranya anda ada green card/kad hijau. Kad hijau akan disediakan apabila anda menghadiri kursus 1 hari cidb. Harga untuk kursus kad hijau adalah RM50. Kemudian anda boleh sertai kursus kemahiran lain secara percuma. Banyak kursus yang boleh dipilih, dan di atas adalah kursus yang disediakan Akademi Binaan Malaysia Johor, (https://www.facebook.com/Abm.Twi/timeline ) https://www.cidb.gov.my/web_backup/cidbv4_280815/index.php?option=com_content&view=article&id=673&Itemid=715&lang=en Dengan menhadiri kursus kad hijau, anda berpeluang untuk menyertai kursus lain yang disediakan secara percuma. Kursus kemahiran disediakan untuk menigkatkan kemampuan/kemahiran pekerja ke tahap yang diperlukan oleh industri. Yang penting ada kad hijau, untuk memohon kursus lain. CIDB ada beber

Perjalanan hidupku selepas graduate

Image
Pada umurku menginjak ke 24 tahun, akhirnya aku secara rasminya berjaya menamatkan pengajian ku disini. Tarikh 27 October 2013 merupakan tarikh yang menjadi saksi tamatnya aku belajar di sini. Dari situ jugak lah, ibu bapa ku melihat aku memegang segulung ijazah yang telah menjadi harapan mereka. Bagi aku, menuntut ilmu adalah fardhu kifayah yang perlu dilakukan dan mengembirakan ibu bapa ku adalah tanggungjawab yang aku pegang. Alhamdulilah, pada hari itu jugak, aku dapat melihat muka ibu bapa ku yang gembira melihat kejayaan aku menamatkan pengajian disini.. Pelbagai dugaan yang aku hadapi semasa belajar disini, dan segala rintangan yang aku hadapi disini lebih mematangkan aku dalam membuat keputusan hidup ku. Banyak yang terjadi, dan aku masih ingati pengalaman itu sampai sekarang Betullah orang kata, dugaan itu mematangkan kita, dari biji benih yang disiram air, pasti tumbuh akarnya. Sekiranya diberikan air, maka akan hidup subur lah benih itu menjadi sepohon pokok. N

Suka duka sebagai QA Technician

Image
Asalamualaikum semua. Kadang-kadang teringat lagi masa bekerja dulu sebagai QA technician. Kira-kira setahun jugak la bekerja di kilang, menimba sedikit pengalaman tentang QA, berkenalan dengan ramai kawan-kawan dan tujuan paling utama mengenal cara kerja sebagai Quality assurance Tech. Dari sini lah, aku mengenali cara menggunakan ilmu yang aku pelajari di universiti sebelum ini, iaitu, ISO9001, QMS, TQM, SPC, Metrology, Inspection, Sampling, CAR, FMEA, FAI, Process capability dan banyak lagi secara praktikal. Kalau tidak, mungkin semua ilmu yang aku pelajari hanyalah teori semata-mata, dan disni, aku dapat melihat bagaimana ilmu ini dipraktikkan dengan betul. Dari tunjuk ajar manager, engineer dan technician lain, ia menjadi mudah untuk aku memahami cara kerja disini. Sengaja aku memilih untuk bekerja dalam deparment QA, jauh dari knowledge ku dalam mechanical engineering, kerana sudah lama aku ingin mengetahu gerak kerja dalam bidang quality. Dari sini jugaklah, aku

Sebulan dalam industri dengan jawatan yang diidamkan

Image
Telah hampir sebulan aku bekerja dikilang baru, mendapat tawaran bekerja di kilang yang berada berdekatan dengan rumahku. Jawatan yang aku pegang, adalah jawatan yang aku inginkan selama ini. Tidak sangka masih ada kekosongan dalam jawatan dalam production department, jika tidak mungkin aku akan memilih QA department. Syukur, rasa mudah untuk bekerja disini, sesuai dengan bidang semasa aku belajar di universiti dahulu. Ilmu yang aku perolehi disana, dapat aku gunakan sebaik-baiknya disini, dengan harapan, aku dapat menaikkan taraf kilang ini ke tempat yang sepatutnya. Aku tidak mengejar tangga gaji buat masa sekarang, tapi lebih kepada pencapaian, yang aku inginkan. Itulah yang menjadi pembakar semangat aku, apabila hasil kerja yang kita lakukan dapat digunakan untuk memudahkan kerja orang lain.  Apa yang aku harapkan, adalah segala idea, ilmu yang aku perolehi sebelum ini dapat digunakan sepenuhnya disini.. Dari lean system, six sigma, 5S, assembly system, reliability, maintenanc

Realiti seorang mahasiswa dan apa yang perlu anda lakukan

Image
Kisah ni dah lama aku nak ceritakan kepada sesiapa yang mula nak cari kerja selepas graduate dari universiti. Diharap kisah ini boleh menjadi satu jalan kepada sesiapa yang masih mencari kerja dan satu pembuka minda kepada sesiapa yang membacanya. Pada zaman sekarang, terdapat lambakan graduan yang keluar dari kolej/universiti/pusat kemahiran yang menyebabkan peluang kerja yang sebelum ini banyak menjadi lebih kecil. Pengumuman kerajaan untuk menigkatkan umur persaraan ke 60 tahun turut menjadi faktor utama lambakan ini terjadi. Disebalik semua itu, industri di Malaysia yang banyak tertumpu kepada elektronik telah mengalami penurunan dari segi keuntungan. Kos margin yang lebih besar menyebabkan banyak pihak industri mengalihkan pusat operasi mereka ke negara yang lebih murah seperti Vietnam. Kos upah/gaji pekerja selalunya merangkumi 60% dari operasi syarikat, maka dengan kos sara hidup di Malaysia yang semakin tinggi, ini menyebabkan gaji pekerja perlu dinaikkan untuk menyamai atau

Graduate Employability Programme (GEMS 2.0) : Program for Bachelor Holder

Image
GEMS 2.0 is one of initiative done by government to ensure graduate equip with all necessary skill before entering the workforce. There are many training available based on company that participated. Duration around 8 months till 1 year. Purpose of this programme are : Exposed to domain-specific training to enable effective exposure to industry requirement Develop skill sets required by the industry Experiential learning Enhance marketability Details about the program can be referred here. http://www.mygemsportal.com.my/v2/graduate-employability/gems-2-0 Sector covered If you still unemployed, this is the programme you should go....  Call them to register your place. . take action before its too late. 

Employability boot camp with TalentCorp

Image
Calling All Malaysian fresh Graduates! Register now for an employability boot camp with TalentCorp! The residential boot camp provides an intensive, fun and invaluable series of workshops covering CV Tailoring, Grooming Etiquette and Interview Skills as well as looking at the impact and effect of social media, with inspirational speakers, and Q&As with industry practitioners. At the end of the boot camp, participants will be interviewed by prospective employers. Successful applicants will undergo placement at employers whilst attending training, supported by TalentCorp. Target Group : Malaysian degree holders in various fields including FMCG, ICT, science, engineering, oil and gas, SME and entrepreneurship, others. Eligibility Requirements : 1. Degree from local public/private universities 2. Below 27 years old 3. Fresh graduates (unemployed <12 months at point of enrolment into the boot camp) 4. Non-JPA scholar 5. Have not participated in any government-funded

Program Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera

Image
Ini merupakan sebuah inisiatif kerajaan untuk meningkat kan golongan bumiputera menyertai bidang profesional. Banyak program yang diadakan, dan pengambilan adalah sepanjang tahun, dan setiap program mempunyai tarikh bermula yang berbeza. Yang paling penting, tiada yuran pendaftaran dikenankan untuk setiap program.  Jadi jangan lupa untuk setiasa mengikuti perkembangan semasa di website dan FB Yayasan Peneraju.. Gunakan lah peluang yang sebaiknya untuk mengikuti kursus disini jika diberi peluang. Website : http://www.yayasanpeneraju.com.my/?data-yayasan-peneraju=98 FB : https://www.facebook.com/yayasanpeneraju/ Antara program yang diadakan. *Maklumat lanjut di website Yayasan Peneraju. Peneraju Tunas Program pembiayaan pendidikan untuk pelajar sekolah rendah, menengah dan pengajian tinggi yang berpotensi, berpendapatan isi rumah rendah (RM 4,000 ke bawah) dan dari latar belakang yang mencabar bagi mendapatkan pendidikan yang berkualiti Peneraju Skil Program latihan pemban

Oil and Gas CAD Enhancement Programme

Image
Ini adalah sebuah program percuma untuk para siswazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan yang masih menggangur. Program ini bertujuan untuk memberi kemahiran kepada siswazah dalam menggunakan AutoCAD, dalam bidang oil and gas. Sebagai contoh, piping and instrumentation diagram, plant diagram, dan banyak lagi. Selain itu, sepanjang latihan, siwazah akan diberikan latihan soft skill yang sesuai untuk pasaran pekerjaan. Elaun dan tempat tinggal akan disediakan sepanjang latihan berlansung. Certification AutoCAD dari AutoDesk akan diberikan selepas tamat latihan. Untuk menyertai program ini, digalakkan menelefon no yang tertera dalam risalah tersebut, dimana anda perlu menhantar resume anda untuk direview oleh pihak pengendali kursus. Syarat-syarat untuk kursus ini boleh dilihat dalam risalah diatas. Latihan akan dijalankan di UniMY, Putrajaya. Anda jugak boleh memohon di laman jobstreet untuk pengambilan bulan Disember 2015. Untuk maklumat mengenai pengalaman peserta b

Kursus Automotive Industry Certification Engineering

Image
Ini adalah satu kursus untuk para graduan ijazah sarjana muda dalam kejuruteraan yang dianjurkan oleh Malaysia Automotive Insitute. Kursus adalah percuma dan elaun akan diberikan sepanjang kursus berlansung. Bertujuan untuk melahirkan graduan yang mahir dalam bidang automotive dari segi teori dan praktikal.. Pengambilan adalah sepanjang tahun, dan batch yang terbaru akan diadakan pada bulan november 2015. Untuk maklumat lanjut tentang program ini, sila hubungi  talian 03-831887742 dan mohon penerangan mengenai AICE * Automotive Industry Certification. atau layari website  MAI Cara memohon program ini adalah 1. Call no  03-831887742 untuk menyertai AICE 2. Anda akan disambungkan kepada person in charge untuk program ini iaitu En Mohan. 3. Selesai perbualan telefon, anda dikhendaki menghantar resume ke alamat email yang diberikan. Itulah caranya, sekiranya, anda layak, anda akan dihubungi oleh pihak Malaysia Automotive Institute. Salam, dan semoga berjumpa lagi. (Klik l

Kursus Skim Latihan 1 Malaysia

Image
Skim latihan 1 Malaysia hanya boleh disertai oleh para graduan sarjana muda sahaja, yang menggangur selepas tamat belajar. Kursus ini bertujuan untuk memberi pengalaman bekerja dan soft skill mengikut jangka waktu yang sesuai. Ini kerana faktor utama majikan tidak mengambil fresh graduate adalah disebabkan anggapan, graduan tersebut tidak mempunyai pengalaman bekerja. Skim ini agak popular dikalangan graduan, dan jumlah yang memohon agak banyak, jadi permohonan yang layak untuk diinterview perlu hadir lebih awal supaya tidak menunggu terlalu lama. Terdapat banyak syarikat besar yang menyediakan skim latihan ini kepada para graduan, antaranya, PETRONAS, Sime Darby, Celcom, etc. Syarikat yang menawarkan skim ini kepada graduan mendapat mafaat, antaranya inisiatif dari kerajaan untuk pengurangan cukai. Tujuan skim ini adalah mengurangkan jumlah graduan yang menggangur. Seperti sedia maklum, para graduan adalah antara penggangur yang paling banyak direkodkan oleh pejabat buruh. Jadi

Kursus percuma oleh Malaysia Automotive Institute

Image
Kursus untuk para graduan atau pelajar lepasan sekolah. Hubungi no diatas untuk pertanyaan lebih details. Selalunya kursus ini akan diadakan sepanjang tahun, jadi pengambilan agak terhad. Hubungi cepat untuk memohon/mendaftar sekiranya anda tidak bekerja, ingin mencari kemahiran, dan berminat untuk menceburi bidang automotive. Semoga kepada sesiapa yang mengikuti kursus ini, dapat memafaat ilmu tersebut untuk mendapat pekerjaan yang diingini pada masa hadapan. Salam dan berjumpa lagi

Hari pertama sebagai Engineer

Image
Pada hari pertama aku tiba di company, aku terus dibawa berbincang dengan HR mengenai jawatanku, tugasku, gaji/elaun, benefit dan undang/polisi syarikat. Semua perbincangan mengambil masa kurang dari 30 minit, kerana aku hanya bersetuju dengan apa yang dicadangkan, dan aku menurunkan tandatangan sebagai tanda setuju. Tangga gaji ku adalah entry level bersamaan dengan fresh graduate, tapi bagi aku, ia mencukupi dan ku harap gajiku meningkat pada tahun depan. Biarpun rezeki ku sedikit disini, tapi kalu berkat, InsyaAllah cukup Aku dibawa berjalan sekitar kilang dan mengenali rakan sekerja ku. Walaupun, saiz kilang tidak besar, tapi ia memberi kegembiraan kepadaku kerana, terdapat ramai bangsa Melayu bekerja disini sebagai operator, technician dan supervisor. Setelah aku diperkenalkan kepada bos aku, aku telah diletakkan sementara di pejabat . Disitulah aku mengenali rakan-rakanku, yang kebanyakkan baru bekerja disini. Alhamdulilah, permulaan yang baik  pada hari pertamuku dan ak

Finally ............

Image
Berliku sungguh perjalanan untuk menghabiskan kursus disini. Walaupun serba kekurangan, tapi masih lagi bermafaat kepada penuntut disini. Mungkin kelemahan yang ada akan dibaiki pada masa hadapan. Tapi begitulah adat kehidupan, tidak semua yang kita impikan akan jadi kenyataan. Semoga kursus ini akan diadakan dengan lebih teratur dan mendapat kerjasama dari semua pensyarah yang mengajar pada masa hadapan. Tamatnya program insep engineering operation and maintenance. Penyampaian sijil dilakukan pada akhir kelas sambil sedikit photoshoot sebagai kenangan. Mungkin disnilah penamatnya, tapi persahabatan yang terjalin kekal abadi. Bermulalah perjalanan untuk mencari kerjaya idaman masing-masing...... " The future belongs to those who believe in the beauty of their dreams ." - Eleanor Roosevelt Final class with certification ceremony Valve service and inspection hands on + theory Industrial process control Semoga berjumpa lagi. . sesi pelajaran telah tama

NIOSH Oil and Gas Safety Passport (OGSP)

Image
Selesai jugak kursus OGSP di NIOSH Pantai Timur. Tak sangka sangat cepat masa berlalu, tinggal beberapa minggu lagi sebelum program INSEP ni tamat. Apa pun, kursus yang diikuti ni memang membuka mata tentang aspek keselamatan yang perlu dititikberat kan semasa berada dalam industri.. Tidak kisah sama ada kilang, atau pun plant, safety first adalah moto yang perlu diingati. OGSP atau nama panjangnya NIOSH Oil and Gas Safety Passport  adalah merupakan satu kursus asas yang dikendalikan oleh NIOSH. Kursus ini banyak berkaitan tentang safety semasa berada di plant industri minyak dan gas. ia memberi pendedahan tentang Undang-Undang Berkaitan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan, Punca Dan Pencegahan Kemalangan, Kebiasaan Hazard (Bahaya) yang Berlaku Dan Langkah Mengawalnya, Kemalangan Semasa Di Tempat Kerja, Ruang Terkurung, Pembinaan, Bekerja Ditempat Tinggi, Dan Lain-Lain. Jadi kursus ini adalah basic safety kepada sesiapa yang ingin masuk ke plant-plant minyak/gas PETRONAS, Shell,

Permohonan INSEP 2015 Puspatri (Johor) yang ke-2 (July 2015)

Image
Permohonan INSEP Sesi Intake ke-2 tahun 2015 di Puspatri Johor, telah ditutup pada 8 July 2015. Nantikan pengambilan baru pada tahun 2016.   Terdapat banyak kursus yang boleh dipih. Bagi pelajar engineering, saya galakkan anda mengambil kursus Plant Inspection & Management (API Cert ) yang mana anda akan didedahkan dengan The American Petroleum Institute's authorized yang merupakan institute yang mengeluarkan certificate dalam bidang Oil and Gas yang diterima di seluruh dunia. Kursus ini amat mahal sekiranya diambil secara persendirian, tapi disini,anda akan belajar secara percuma. Bukan satu API yang anda akan belajar, tapi kesemua API yang ada iaitu dari API 570 Piping Inspector hingga lah ke API 630 Above Ground Storage Tank Inpector. Total cost untuk kursus ini adalah berpuluh ribu. Jadi, kepada graduan yang baru graduate atau tiada pekerjaan, mohon lah kursus ini, kalau admin tahu tentang kursus ini sebelum ini, sudah pasti admin telah memohon.. Kerana peluang kerj

Warung Aziz Satar : Keenakan sata yang membangkitkan selera

Image
Kali ni, sempat singgah di satu restoran yang agak popular di Kuala Kemaman. Apa lagi, kalau bukan Warung Aziz Satar. Kedai ni agak popular dengan menu sata dan otak-otak. Dekat Kuala Kemaman ni, sepanjang jalan kita boleh nampak gerai dan kedai yang menjual sata dan otak-otak tapi ramai yang kata Warung Aziz Satar ni yang the best dari yang lain. Aku pun sebenarnya, tak sedar pun kewujudan warung ni, tapi disebabkan banyak review yang aku baca dari apps Foursquare, jadi singgah la tempat ni tuk merasa otak-otak dan sata disini. Ni screen shot dari foursquare, nampak kan, kebanyakkan puji tempat ni antara yang terbaik.. Warung Aziz Satar Foursquare Apps Dari review ni lah, yang menyebabkan aku terus ke sini pada hari sabtu lepas.. Nak kenal kedai ni senang je, lokasi kedai ni sebelum sekolah jenis kebangsaan dan sebelah bagunan kedai. Kedai ni warna kuning, dan sebelum sampai tu, mostly akan nampak banyak orang parking kereta dekat seberang jalan. Nanti anda boleh nampa