Pasar Besar Kajang
Pasar Besar Kajang terletak berdekatan Hospital Kajang dan Metro Point Kajang. Lokasinya ditengah-tengah pekan menjadikan ia satu tempat tumpuan pada masa hujung minggu untuk para pembeli membeli belah. Segala barang keperluan memasak boleh didapati disini, dari ayam segar, santan, jintan manis, herba, buah buahan, sayuran, dan pelbagai lagi. Walaupun dari jauh, pasar ini nampak lama, tapi ia telah dimodifikasi berulang kali untuk keselesaan pengguna. Jejambat turut dibina untuk menghubungkan bahagian atas pasar dengan jalan yang menghadap MetroPoint. Ia telah beroperasi lebih dari 20 tahun dan masih lagi kekal relevan untuk penduduk setempat. image dari https://www.klik.com.my/item/story/5938956/nafas-baru-pasar-kajang Anta yang uniknya disini, bahagian bawah adalah untuk barang basah dan bahagian atas pasar menempatkan jualan pakaian. Terdapat banyak penjual disini, jadi anda boleh memilih bahan mentah yang paling segar mengikut kaca ma...