Galeri Muzik, Muzium Negara
Galeri Muzik yang dipamerkan diMuzium Negara adalah satu lagi tarikan untuk kesini pada musim sekolah. Selalunya, terdapat pameran tambahan selain dalam bagunan muzium. Lokasinya adalah di bahagian luar bagunan, yang anda perlu berjalan kira-kira 30 meter.
Ia menempatkan segala jenis alat muzik yang digunakan di setiap Negeri di Malaysia. Uniknya, setiap negeri mempunyai alat muzik yang tersendiri. Dari rebana, kompang, gendang, gong, rebana dan bermacam-macam lagi. Penilulis sendiri tidak mengenali semua jenis alat ini jika tidak mengunjungi galeri muzik ini.
Lokasi Galeri Muzik di Muzium Negara |
Penulis sendiri sangat tertarik dengan Kompang yang dipamerkan disini. Teringat zaman kanak-kanak apabila mengikuti rakan sebaya maasuk ke kelas muzik diwaktu petang. Bermain kompang untuk majlis sekolah dan jugak majlis di sekolah yang lain. Setiap kompang sebenarnya dibuat dari kulit lembu atau kulit kambing yang telah dikeringkan. Dengan penjagaan yang elok, ia boleh bertahan bertahun-tahun. Jika ingin memastikan kompang yang ada dalam keadaan yang tegang, perlunya menjemur kompang untuk beberapa minit di panas terik matahari. Faktor yang kecil dan mudah dipegang, membolehkan ia menjadi salah satu alat muzik yang sangat mudah dimainkan oleh sesiapa. Cuma, ia perlu dimainkan beramai untuk mendapatkan alunan nada yang menarik.
Bagi penulis terasa gembira apabila melihat pengunjung dari usia kanak-kanak sehinggan golongan emas yang berminat melawat ke sini. Melihat dari pandangan, rasanya semua nya ingin meneroka kesemua alat-alat muzik yang berada disini, namun hanya boleh melihat dari pameran yang dipamerkan sahaja.
Antara gambar yang sempat penulis rakamkan semasa disini.
Ruang Pameran Muzium |
Serunai dan Canang |
Ruang Pameran Galeri |
Susun Atur Galeri Muzik |
Comments
Post a Comment