Amerin Mall, Seri Kembangan


Antara pusat beli belah yang baru sahaja wujud di area Seri Kembangan adalah Amerin Mall. Lokasinya berdekatan Econsave dan Aeon Cheras Selatan. Dengan lokasi yang bersebelahan lebuhraya Silk, maka ia mudah dijumpai. Ia merupakan pembagunan bersepadu yang menempatkan apartment service dibahagian atas dan pusat beli belah dibahagian bawah. Dari jauh, anda akan nampak ada dua menara service apartment yang mempunyai 304 unit setiap satu.


Amerin residence apartment yang menariknya adalah ia turut mempunyai taman riadah dan ianya menyediakan zon riadah seperti kolam renang. Jadi dengan kemudahan pusat beli belah dibawah, pemilik apartment  boleh terus turun ke shopping mall. 




Pembinaannya bermula sejak tahun 2014, dan siap sepenuhnya pada tahun 2017. Melihat kepada keadaan sekitar, terdapat pembagunan yang bersebelahan bagunan yang turut menempatkan apartment service. Jika diikutkan antara kedai yang terdapat di mall ini adalah Burger King, Chef Ben Dinner, SKM Market, Yeoju BBQ, pusat reflekseologi, Kedai Aneka, Supersave, 7eleven, Kedai Computer Canon dan Amerin Cineplex. Ia penuh dengan kedai yang anda boleh dapatkan sebarang barang keperluan. Cuma kedai pakaian dan elektrik amatlah kurang disini, yang mana terdapat beberapa kedai kecil yang menyewa tapak untuk jualan cadar, baju baju wanita. Cuma yang menjadi pilihan pastilah kedai makan iaitu Burger King dan Chef Ben Dinner yang menjadi tumpuan setiap hujung minggu.





















Terdapat parking bawah tanah, yang mana harga nya adalah RM1 bagi 3 jam pertama. Selain itu. Kompleks ini selalu nya mengadakan acara-acara tertentu seperti Karnival Thai Food yang baru sahaja berlangsung.









Comments

Popular posts from this blog

Step-step apabila ingin berhenti kerja

Pos Laju hantar barang ke orang yang salah ( Delivered but not received )