MPH Warehouse Clearance 2019


Singgah sebentar di MPH Warehouse Clearance Sale yang terdapat di Kawasan Industri Balakong. MPH Warehouse Clearance Sale ini diadakan di PNMB Logistics, Jalan KPB 3, Balakong. Ia sekitar kawasan perindustrian Balakong jika anda tidak biasa dengan lokasi disini. Ia bermula 1 hingga 10 November 2019 sahaja. Untuk details,boleh rujuk di FB MPH Clicks 

Rasanya, kali ini, memang harga buku yang dijual adalah sangat murah. Harga yang dijual pula sudah pasti dibawah harga kos. Bila ada peluang untuk berbelanja, rasanya kali ini memang tak lepaskan peluang. Cuma kali, target buku pilihan adalah buku berkulit tebal dan bergambar. Sebelum ni dah banyak buku-buku kecil yang dibeli, dan jarang sekali dapat beli buku rujukan kerana harganya yang agak mahal. Namun disini, kebanyakkan buku berkulit tebal dijual pada harga dari RM4 hingga RM 15. Melihatkan kualiti buku yang ditawarkan, jadi dapat la membeli 8 buah buku berkulit tebal dengan harga lebih kurang RM60. Terdapat beberapa buku yang masih lagi dalam plastik semasa dibeli.


Antara buku yang sempat dijadikan koleksi perpustakaan mini.


Semoga ia terus lagi dilaksanakan pada masa hadapan. Alhamdulilah. Menuntut ilmu adalah perkara yang dituntut untuk semua orang. 

Dalam Islam, menuntut ilmu adalah kewajipan dan tuntutan terhadap setiap insan. Ini kerana, ilmu merupakan kayu ukur dalam kehidupan kita dalam menentukan samada perkara tersebut baik atau tidak. Selain itu, Allah SWT juga akan mengangkat orang-orang yang berilmu dengan beberapa darjat berdasarkan firman-Nya:
يَرْفَعِ اللَّـهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍMaksudnya: “Supaya Allah SWT meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan Agama (daripada kalangan kamu) dengan beberapa darjat”. [al-Mujadalah:11]

Kelebihan Menuntut Ilmu
Antara kelebihan yang dijelaskan di dalam hadith Nabi SAW bagi orang-orang yang menuntut ilmu ini, kami ingin datangkan sebuah hadith yang panjang di dalam Sahih Muslim yang menceritakan di dalam sebahagian matannya akan kelebihan orang yang menuntut ilmu.
  • Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا، سَهَّلَ اللهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ، وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللهِ، يَتْلُونَ كِتَابَ اللهِ، وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ، إِلَّا نَزَلَتْ عَلَيْهِمِ السَّكِينَةُ، وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ وَحَفَّتْهُمُ الْمَلَائِكَةُ، وَذَكَرَهُمُ اللهُ فِيمَنْ عِنْدَهُMaksudnya: “Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah SWT akan memudahkan baginya jalan untuk ke Syurga. Tidaklah satu kumpulan berkumpul di dalam sebuah rumah di antara rumah-rumah Allah, membaca kitab Allah (al-Qur’an) dan mempelajarinya sesama mereka melainkan akan turun kepada mereka sakinah (ketenangan), diliputi ke atas mereka rahmat dan dinaungi oleh malaikat serta Allah SWT akan menyebut mereka pada malaikat yang berada di sisi-Nya”. [Riwayat Muslim (4867)]

Comments

  1. https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-al-hadith/1122-irsyad-al-hadith-siri-ke-109-kelebihan-menuntut-ilmu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Syarat-syarat menyertai INSEP

Singgah di Kompleks Pelancongan Jeti Semeling, Merbok

Tugu Peringatan Tsunami Kota Kuala Muda, Kedah