Menikmati Hidangan Lazat di Chef Ben Dinners, Amerin Mall


Dalam perjalanan ke Balakong, sempat singgah sebentar di salah sebuah restoran yang agak terkenal disini. Terletak di Amerin Mall, ia adalah restoran yang menghidangkan makanan masakan Melayu dan Barat. Bagi yang gemar menikmati makanan barat, disini lah tempat untuk anda berbual-bual sambil menikmati makanan yang enak-enak belaka. Ketika berkunjung kali pertama disini, penulis amat tertarik dengan hiasan dalamannya yang bersifat moden. Konsep dekorasi sebegini memang sangat selesa dan sesuai bagi mereka yang ingin berbincang mengenai isu perniagaan.




Restoran yang berada di ground floor ini dan bersebelahan Burger King memang menawarkan tempat yang selesa untuk kalangan blogger dengan internet berkelajuan tinggi iaitu Unifi. Dengan gabungan cita rasa masakan barat dan Asia dengan pilihan utama Masakan Melayu, ia menjadi tumpuan bagi pengunjung yang singgah disini. Dibuka dari pukul 10pagi sehingga pukul 10 malam, dengan kualiti makanan yang disediakan, boleh dikatakan ia upama menikmati makanan di Restoran Serai.


Konsep santai dengan alunan lagu-lagu yang mendamaikan membuatkan pegunjung yang tiba disini umpama terpukau sebentar dengan dekorasi restoran yang simple tapi elegen. Bagi yang suka melepak tanpa ganguan, disini lah tempat yang sepatutnya anda kunjungi.






Antara makanan yang menjadi pilihan adalah Nasi Beriyani Ayam Berempah yang memang menyelerakan. Masa menunggu makanan adalah agak cepat dan layanan dari staff pula memang patut diberi pujian. Cuma mungkin ia masih baharu, maka jumlah pengunjung yang tiba disini pada waktu malam adalah agak sedikit.



Antara bahagian kerusi yang memang menjadi pilihan adalah kusyen disini. Ini antara tempat favourite, seperti berada dirumah rasanya. Bahagian kerusi dan meja lain adalah bersifat moden kontempori. Bagi pelanggan yang ingin menyambut hari jadi, terdapat ruangan khas yang boleh ditempah dibahagian atas restoran ini.

Faktor kualiti makanan dan servise yang terbaik serta konsep dekorasi yang membuatkan penulis ingin sekali mengunjungi restoran ini setiap minggu untuk menikmati makanan sambil merehatkan minda dari segala kesibukan bekerja.




Sepanjang berada disini, tidak terasa betapa singkatnya masa. Restoran ini turut menawarkan kek, manisan dan coffee/milk shake premium umpama berada di cafe-cafe terkenal. Rasanya, dengan perkhidmatan yang ditawarkan, sudah pasti restoran ini akan berkembang dari semasa ke semasa. Dengan kemudahan pembayaran e-wallet yang disediakan, ia sangat memudahkan pelanggan. Seperti penulis, selalunya menggunakan visa atau debit.




Jangan lupa berkunjung kesini, dan mereka sentiasa menantikan untuk melayan anda. Pastinya, ia menjadi checklist untuk penulis membawa isteri menjamu selera disini apabila singgah di Balakong.


FB : Chef Ben Dinner ( https://m.facebook.com/CBDAmerinMall/?_rdr  )

Update : 13 September 2020

Tiba disini untuk menikmati hidangan yang manjadi dambaan setiap masa. Namun, Nasi Ayam Beriyani Berimpah telah sold out. Jadi kali ni, memililh Fish & Chips untuk menghilangkan rasa lapar.  Harganya adalah RM18.90 untuk satu hidangan. 

Memang tidak dinafikan, hidangan ini penuh dengan rasa ikan sebenar. Boleh bayangkan, 3 keping potongan ikan memang merupakan ikan sebenar. 

Rasanya yang amat enak, membuatkan tidak sampai 10minit, hidangan telah dihabiskan. Memang terbaik hidangan kali ni. Terdapat perubahan dari segi susun atur disini, namun rasa makanan yang dihidangkan masih lagi sama. Ia terbaik.  

Berjumpa lagi untuk post akan datang. Disebabkan Covid-19, mask diwajibkan sebelum masuk ke restoran ini. 

Comments

Popular posts from this blog

Syarat-syarat menyertai INSEP

Singgah di Kompleks Pelancongan Jeti Semeling, Merbok

Tugu Peringatan Tsunami Kota Kuala Muda, Kedah