Pasar Besar Kajang


Pasar Besar Kajang terletak berdekatan Hospital Kajang dan Metro Point Kajang. Lokasinya ditengah-tengah pekan menjadikan ia satu tempat tumpuan pada masa hujung minggu untuk para pembeli membeli belah. Segala barang keperluan memasak boleh didapati disini, dari ayam segar, santan, jintan manis, herba, buah buahan, sayuran, dan pelbagai lagi. 

Walaupun dari jauh, pasar ini nampak lama, tapi ia telah dimodifikasi berulang kali  untuk keselesaan pengguna. Jejambat turut dibina untuk menghubungkan bahagian atas pasar dengan jalan yang menghadap MetroPoint. Ia telah beroperasi lebih dari 20 tahun dan masih lagi kekal relevan untuk penduduk setempat. 



image dari https://www.klik.com.my/item/story/5938956/nafas-baru-pasar-kajang

Anta yang uniknya disini, bahagian bawah adalah untuk barang basah dan bahagian atas pasar menempatkan jualan pakaian. Terdapat banyak penjual disini, jadi anda boleh memilih bahan mentah yang paling segar mengikut kaca mata anda. 

Dibahagian luar pasar terdapat banyak penjual sarapan pagi seperti nasi lemak, kuih muih, susu dan turut terdapat peniaga ikan hiasan yang telah dipack untuk memudahkan pengguna memilih. Cuma dinasihatkan, apabila datang kesini, pastikan anda memakai pakaian yang biasa , kerana bilangan pengguna adalah agak sesak dan anda mungkin bertembung bahu ke bahu semasa berjalan disepanjang deretan peniaga ini. 

Untuk kemudahan pengguna, terdapat parking bertingkat MKH yang terletak bersebelahan pasar ini. Jadi anda tidak perlu risau dengan keadaan kereta anda. 







Comments

Popular posts from this blog

Syarat-syarat menyertai INSEP

Singgah di Kompleks Pelancongan Jeti Semeling, Merbok

Tugu Peringatan Tsunami Kota Kuala Muda, Kedah