Posts

Showing posts from 2025

Ramadan di Malaysia: Indahnya Menjelang Berbuka

Image
  Senja di Malaysia, lembut dan mendamaikan. Langit berwarna jingga keemasan, udara terasa nyaman walau sedikit lembap. Waktu berbuka semakin hampir. Dari kejauhan, menara masjid berdiri tegak, seolah-olah penjaga setia yang mengingatkan keindahan bulan penuh keberkatan ini. Aroma masakan mula memenuhi udara—bubur lambuk, satay, rendang, kuih-muih yang berwarna-warni. Setiap hidangan bukan sekadar makanan, tapi sebahagian daripada tradisi, menghubungkan kenangan dan keluarga. Di bawah gazebo kecil, beralaskan tikar, sekumpulan sahabat dan keluarga berkumpul, menunggu laungan azan yang bakal membebaskan mereka dari lapar dan dahaga seharian. Saat azan Maghrib berkumandang, suasana berubah—senyap seketika, digantikan dengan lafaz doa dan tegukan pertama yang menyegarkan. Segala keletihan hilang dalam sekelip mata. Juadah berbuka dinikmati perlahan-lahan, sementara perbualan santai menyambung kembali kemesraan yang mungkin terhenti sejak kali terakhir bertemu. Selesai solat Maghrib, m...

Nota untuk diri sendiri

Image
Hakikatnya, kau takkan pernah ada cukup masa untuk lakukan segala yang kau impikan. Mungkin kau takkan berkahwin sebelum umur 30. Mungkin kau takkan tinggal di rumah idaman atau mengembara ke serata dunia suatu hari nanti. Dan itu tak mengapa. Benar-benar tak mengapa. Jadi, hiduplah tanpa menunggu janji esok hari. Jadikan detik ini sebagai yang terbaik, walaupun kau tak pernah rancang untuk berada di sini. Tapi hakikatnya, kau di sini. Jadi, hargailah.

Perjalanan 36: Bukan Lagi Mengejar, Tapi Menghargai

Image
Dalam perjalanan menuju usia 35, singgah sebentar mengenang liku-liku yang telah dilalui—jatuh, bangun, kecewa, dan bangkit semula. Bukan lagi tentang mengejar apa yang orang lain ada, tetapi lebih kepada menghargai apa yang telah dimiliki. Seiring masa, semakin faham konsep Ikigai —erti sebenar tujuan hidup. Bukan sekadar mengejar kejayaan luaran, tetapi mencari keseimbangan antara apa yang disukai, apa yang dikuasai, apa yang diperlukan dunia, dan apa yang mampu memberi nilai. Di usia ini, semakin jelas bahawa kejayaan bukan tentang bakat semata, tetapi kesungguhan dan ketekunan, seperti yang ditekankan dalam Grit oleh Angela Duckworth. Bukan yang paling berbakat yang bertahan, tetapi mereka yang tidak mudah berputus asa. Sambil melangkah ke hadapan, semakin sedar bahawa kebahagiaan bukan terletak pada pencapaian besar, tetapi dalam detik-detik kecil yang sering terlepas pandang—secangkir kopi di waktu pagi, gelak tawa bersama sahabat, atau sekadar duduk merenung langit senja selepa...

Perjalanan Kehidupan: Antara Cabaran, Impian, dan Makna

Image
Dalam setiap langkah yang aku ambil, ada peluang untuk mengejar impian dan mencipta makna yang lebih mendalam dalam hidup. Mungkin perjalanan ini tidak selalu mudah, tetapi setiap cabaran adalah peluang untuk berkembang dan menjadi lebih baik. Aku telah melalui pelbagai fasa dalam hidup—dari seorang pelajar, melangkah ke alam pekerjaan, sehingga kini berada di dunia korporat yang penuh dengan tekanan dan tanggungjawab. Setiap kali aku duduk di tepi pantai, aku suka melihat ombak yang datang dan pergi. Ia mengingatkan aku bahawa hidup ini sentiasa berubah, tiada yang kekal. Aku pernah mengejar banyak perkara—kejayaan, pengiktirafan, kestabilan—tetapi akhirnya aku sedar, ketenangan adalah sesuatu yang datang dari dalam diri, bukan dari pencapaian luaran. Ketika membaca Successful Aging oleh Daniel Levitin, aku mula memahami bahawa kehidupan adalah satu perjalanan panjang, dan cara kita menguruskan emosi, minda, serta hubungan dengan orang lain akan menentukan bagaimana kita menikmati se...

Mengimbas Kembali: 8 Tahun yang Lalu dalam Industri Pembuatan

Image
Kita kenang kembali pengalaman dalam industri 8 tahun yang lepas —sudah lama kan cerita ini? Kali ini, kita nukilkan untuk semua, sebagai satu perkongsian tentang jatuh bangun, suka duka, dan pelajaran berharga yang diperoleh sepanjang perjalanan ini. Waktu itu, aku masih seorang yang baru dalam industri. Langkah pertama aku membawa aku ke satu dunia yang penuh cabaran tetapi sarat dengan ilmu dan pengalaman . Aku menceburi industri pembuatan yang menggunakan teknologi seperti laser cutting, turret punch, stamping, dan bending machine . Sesuatu yang cukup asing pada awalnya, tetapi menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian selepas bertahun-tahun mendalaminya. Memasuki Dunia Pembuatan Pada awalnya, aku sekadar seorang QA Engineer , bertanggungjawab memastikan setiap produk yang dihasilkan mencapai standard kualiti yang ditetapkan. Aku belajar memahami bagaimana laser cutting boleh memotong logam dengan ketepatan luar biasa, bagaimana turret punch mampu menebuk dan membentuk kepi...

Mencapai Awan di Langit Biru: Realiti Dunia Kerja yang Tak Diajar di Sekolah

Image
Dulu, saya fikir dunia kerja ini seperti mendaki gunung—kalau kita usaha keras, pasti akan sampai ke puncak. Tapi selepas lebih 10 tahun dalam industri, saya sedar realitinya lebih seperti terbang di langit. Ada hari kita naik tinggi dengan angin yang baik, ada hari kita terumbang-ambing dalam ribut, dan ada hari kita cuma terapung tanpa arah yang jelas. Pelajaran yang Saya Sedar Sepanjang Perjalanan Ini: ✅ Dulu, saya fikir kerja keras, buat kerja, bagi nampak visibility dekat bos akan menjamin kejayaan. ❌ Sekarang, saya tahu yang lebih penting adalah smart work dan hubungan yang baik dengan orang sekeliling. Bina networking ✅ Dulu, saya percaya semua orang akan profesional di tempat kerja seperti kat Universiti.  ❌ Sekarang, saya sedar ada yang lebih berminat bermain politik pejabat daripada buat kerja yang sebenar. Ada yang sengaja nak jatuhkan orang lain untuk memastikan dia kekal di pejabat.  ✅ Dulu, saya ingat kalau saya buat yang terbaik, bos akan perasan dan beri ganjar...

Memahami Kepribadian dengan Model DISC: Dinamik Harian di Pejabat

Image
Pernah tak terfikir kenapa ada orang tegas dalam buat keputusan, sementara yang lain lebih suka elak konflik? Kenapa ada yang ceria dan suka berbual, tapi ada juga yang lebih teliti dan berhati-hati? Jawapannya boleh ditemui dalam Model DISC , yang membahagikan keperibadian kepada empat jenis utama: Dominance (D), Influence (I), Steadiness (S), dan Conscientiousness (C). 🌟 Pagi Sibuk di Pejabat 🌟 📌 Ahmad (D - Dominance) Ahmad terus memulakan mesyuarat dengan nada tegas. Fokus dia? Selesaikan masalah dengan cepat. Dia tak suka buang masa dan terus ke penyelesaian. 📌 Farah (I - Influence) Farah pula sibuk berjenaka dan menceriakan suasana. Dia percaya hubungan yang baik dalam pasukan adalah kunci kejayaan, jadi dia akan pastikan semua orang selesa sebelum masuk ke perbincangan serius. 📌 Amir (S - Steadiness) Amir lebih suka mendengar. Dia tak gemar perubahan mendadak dan lebih selesa dengan rutin. Seorang pendengar yang baik, dia sering bertindak sebagai pendamai dalam kumpulan...

Pengalaman Hidup Pada Usia 35 Tahun

Image
Pada usia 35, saya semakin memahami bahawa kehidupan bukan hanya tentang pencapaian besar tetapi juga tentang hubungan yang kita bina dan pemahaman terhadap diri sendiri serta orang lain . Salah satu aspek yang membantu dalam dunia kerja ialah memahami keperibadian manusia , dan Model DISC memberikan gambaran jelas tentang bagaimana individu berbeza berinteraksi. 🌟 Pagi di Pejabat & 4 Jenis Kepribadian 🌟 🔴 Dominance (D) – Ahmad Ahmad seorang yang tegas dan terus kepada penyelesaian masalah. Dia tidak suka berbasa-basi dan mahukan hasil dengan pantas. 🟡 Influence (I) – Farah Farah pula membawa suasana ceria ke dalam mesyuarat. Dia lebih suka membina hubungan sebelum masuk ke dalam perbincangan serius. 🟢 Steadiness (S) – Amir Amir seorang yang sabar dan suka kestabilan. Dia lebih selesa dengan rutin dan sering menjadi pendamai dalam kumpulan. 🔵 Conscientiousness (C) – Lisa Lisa, yang teliti dan analitikal, memastikan setiap keputusan dibuat berdasarkan data dan fakta yang kuk...

Cara cepat faham dengan mengajar orang lain ?

Image
Pernah tak korang baca sesuatu topik berkali-kali, tapi tetap tak masuk dalam kepala? Tapi bila cuba terangkan kepada orang lain, tiba-tiba semua jadi masuk akal? 🤯 Aku sendiri alami perkara ini sejak di bangku sekolah. Pada awalnya, aku fikir ini satu perkara pelik—macam mana aku boleh ajar sesuatu yang aku sendiri pada mulanya tak faham? Adakah ini satu ‘disorder’? Adakah otak aku berfungsi dengan cara yang pelik? Tapi selepas bertahun-tahun, aku sedar ini sebenarnya adalah cara aku belajar . Aku tidak pandai memahami sesuatu hanya dengan membaca atau mendengar sahaja. Sebaliknya, aku perlu bercakap, menerangkan, dan mengajar orang lain untuk benar-benar memahami sesuatu konsep. Bagaimana Aku Sedar Tentang Ini? Semuanya bermula pada zaman sekolah menengah di MRSM Beseri, ketika aku berlumba-lumba dengan rakan sekelas aku untuk mendapatkan gred PNG tertinggi.  Pada tingkatan 5, aku berjaya menaikkan PNG aku kepada 3.52 buat kali pertama. Itu adalah satu pencapaian besar bagi ak...

Berpindah ke bidang yang berbeza daripada pengajian? Inilah kisah saya.

Image
Refleksi 10 Tahun Dalam Dunia Kerjaya Sepuluh tahun lalu, saya melangkah ke dunia pekerjaan dengan penuh harapan dan semangat, tetapi tanpa benar-benar memahami apa yang menanti. Saya bermula sebagai Jurutera Mekanikal di jabatan R&D , satu peluang yang hadir hasil pengalaman saya dalam pasukan Robocon semasa universiti. Namun, seiring waktu berlalu, saya sedar— ini bukan tempat terbaik untuk saya berkembang. Saya mahukan lebih. Saya mahukan cabaran yang berbeza. Jadi, saya buat keputusan yang ramai akan fikir dua kali— saya tinggalkan bidang asal dan bermula dari bawah sebagai Juruteknik QA di sebuah syarikat kecil . Tanpa pengalaman mendalam dalam bidang kualiti, saya terpaksa belajar dari awal. Setiap hari terasa seperti latihan ketahanan mental—dari pemeriksaan, metrologi, kalibrasi, kawalan kualiti (QC), jaminan kualiti (QA), hingga ke pengurusan kualiti (QM) . Saya tidak bergantung pada nasib. Saya belajar sendiri. Dengan berpandukan ASQ Body of Knowledge (BOK) , kursus dal...