Solidworks Design : Design Cawan
Asalamualaikum semua Sejak beli komputer hari tu, tak terfikir lagi nak wat design.. Jadi kali ni, sebab ada masa yang terluang, cuba la design benda yang simple menggunakan Solidworks. Solidworks ni aku pernah guna masa universiti dulu, tapi tak lama, dalam 3 bulan macam tu je untuk siapkan projek. Lepas tu, terus tak guna.. Ilmu berkaitan software ni pun dah lama lupa. Jadi ingat nak training balik buat design-design yang mudah dulu, bila dah mahir balik, baru try plan nak buat design kereta pulak. hehe. Jadi design pertama selepas dah lama tak guna software ni adalah cawan. Ni gambar semasa tengah buat cawan ni. Design reka bentuk dia, guna swept boss. Dapat bentuk macam ni. Kira amik masa dalam 15 minit jugak la. bila dah siap tu, wat rendering skit, supaya nampak real.. Design bentuk dan warna yang sesuai Ni hasilnya selepas rendering Macam mana cantik tak..hehe...InsyAllah, nanti bila ada design benda baru, aku akan post lagi kat blog ini... ...