Posts

Showing posts from April, 2015

Kelas sudah pun bermula : Pengenalan subjek-subjek dan program

Image
Sudah masuk 1 minggu belajar disini, dan banyak jugak ilmu yang dah masuk ke corong telinga, tapi tak tahulah sama ada akan lekat ke tidak..hehe. Kursus ini sebenarnya banyak berkait dengan oil and gas, jadi kebanyakkan subject-subject yang diajar disini berdasarkan operation dan maintenance industri minyak. Kira agak beruntung jugak la, kalu nak belajar selalunya kena masuk Instep, tapi kat sini pun dah ada dan percuma. Syukur. Pada minggu pertama, pensyarah lebih banyak memperkenalkan tentang subject itu sendiri dan kandungan nya supaya pelajar dapat expect outcome from each subject. Tempoh pembelajaran adalah kira-kira 4 bulan, dan terdapat 8 subject yang yang akan diajar dari segi teori dan parktikal. Macam biasa kalau ke kelas teori, memang akan pakai smart attire dan berkasut. Kelas teori sama seperti belajar di kelas-kelas semasa di sekolah dan universiti Kalau ke kelas praktikal, selalunya akan ke lab, workshop ataupun hands on machine-machine yang terdapat diluar kelas...

Santai di Pantai Telok Kalong

Image
Setelah penat  dari aktiviti belajar di TATi, sempat la jugak gi ke pantai dekat kawasan ini. Jarak perjalanan dari Tati ke sini ada dalam 3 km sahaja. Sangat dekat dan pantai ni pun sangat cantik, ye la kalu kita bandingkan dengan pantai di area Kedah, pantai yang menghadap laut china selatan lebih luas dan airnya seakan jernih sekali.. Masa tiba disini, pada mulanya dalam perjalanan ke masjid, alang-alang tu,singgah sebentar di Pantai Telok Kalong ni. First time datang sini, jadi bila tengok je pantai tu, terasa tenang je, dengan angin bayu laut yang kuat, membuatkan kepanasan di waktu tengah hari tidak terasa. Disebabkan kedudukan pantai ni dalam kawasan telok, jadi ombak disini tidak kuat, dan sesuai untuk aktivit mandi manda.Semasa berada disini terdapat pertandingan bola pantai, jadi agak meriah la suasana pada waktu itu. Selain itu, kawasan ini jugak menjadi tempat perhentian bagi para nelayan setelah pulang dari laut, bot-bot ditambat di sekitar pantai ini berdek...

Bermulanya perjalanan hidupku di TATI Universiti College, Kemaman

Image
Hari ni, adalah hari kedua aku berada di TATI. Kelas akan bermula pada hari ahad ni, kira masih ada 3 hari masa lapang yang perlu diisi. Jadi sempat la berjalan-jalan kelmarin tuk kenal tentang universiti ni. Kepada sesiapa yang tidak tahu, aku sebenarnya enroll kursus INSEP di TATI Universiti ni. Nama kursus tu adalah Engineering Operation and Maintenance , dimana akan belajar disini 4 bulan dan 3 bulan lagi OJT (On Job Training). Sebab nak ikuti program ni terpaksa la aku berhenti kerja, sedih juga tapi yang menaikkan semangat aku untuk ke sini adalah aku akan mempelajari benda yang aku suka iaitu selok belok tentang maintenance dan operation machine disesebuah syarikat. Kampus TATI UC ni, tak lah besar mana, kalu nak tau details, tengok pelan lokasi TATI ni. Kira-kira ada 4 blok asrama lelaki dan 4 blok asrama perempuan yang jarak diantara satu sama lain adalah kira-kira 1km. Jauh jugak kan.. Di sini ada terdapat 4 cafe yang beroperasi, iaitu 1 di asrama lelaki dan perempua...

Post yang ke-100 : Perjalanan ke Negeri Terengganu

Image
Hari ni, yang merupakan post ke-100 bagi blog ini. Tak sangka, aku banyak juga menaip dengan mencoretkan perkara yang aku lakukan ditempat kerja, makanan yang aku nikmati dan juga tempat menarik yang aku lawati. Hari ni juga,  bermula la perjalanan aku ke Terengganu untuk menuntut ilmu dan mencari pengalaman baru. Jauh dari kampung halaman ku.  Semoga perjalanan ke sana menjadi titik tolak bagi kehidupan yang aku impikan.. InsyaAllah...... Setelah melalui kira-kira 12 jam masa perjalanan, tiba juga ke destinasi yang dituju, iaitu TATI Universiti College. Terima kasih kepada pengangkutan yang efisien di sini.. Bermula dari menaiki bas ekspress dari Sg Petani ke Kuala Terengganu, Kuala Terengganu ke Kemaman sehinggalah tiba di sini menaiki teksi sapu...hehe... Syukur selamat tiba.. Para peserta meneliti surat perjanjian kursus INSEP Bila dah sampai sini, mula-mula kena daftar dekat Kampus ITC, yang merupakan cawangan universiti TATI ni. Bila dah selesai, d...

Sushi King : Hidangan warna warni yang berkalori sederhana tinggi

Image
Kalau diikutkan ini kali ke-4 aku jejakkan kaki ke restoran Sushi King. Pengalaman pertama masuk restoran ala jepun ngan kawan-kawan masa zaman universiti. Memang jakun gila masa tu, tengok sushi bergerak dari meja ke meja. haha.. Masa tu, aku ingat restoran ni hidang sushi je, tak de la nak tengok menu, jadi hari tu makan sushi je la.. Kawan aku, Jason pun sama jgk, dia pun makan sushi je. Masa tu ingat nak amik sushi yang paling murah sekali iaitu sushi yang pinggan warna biru. Jadi bertingkat-tingkat la pinggan warna biru kat meja kami..haha.  Sorang lagi kawan aku Erik loaded skit, dia dok ngap sushi pinggan colour merah, unggu.. Kitorang tengok je. Masa nak bayar dia la yang paling mahal, aku ngan kawan aku jason bayar dalam RM 12 je.. Pengalaman 4 tahun lepas memang tak dilupakan. Yang pasti sejak hari tu, aku belajar banyak tentang makanan jepun ni. Aku siap research kot tentang sushi kat internet. Since 2014 makanan jepun ni dah jadi kebiasaan bagi penduduk bandar, se...