Menjengah ke Pekan Rabu, Sg Petani


Kali ni, penulis singgah ke suatu tempat yang agak asing bagi kalangan penduduk sini iaitu Pekan Rabu SP. Kalau sesiapa yang tinggal di Sungai Petani mungkin tak sedar ada nya Pekan Rabu di sini sebab mungkin kurang popular kan berbanding Pekan Rabu di Alor Setar. Lokasi arked perniagaan ini sebenarnya agak strategik iaitu bersebelahan Stesen Bas Ekspress Sg Petani dan  terdapat banyak kedai perniagaan kaum cina sekitarnya. Namun kompleks perniagaan disini tidak mendapat sambutan di kalangan penduduk. Tak tahu apa sebabnya. Perniagaan disini umpama hidup segan, mati tak mahu.

Jom kita jengah apa yang ada didalam.. 

Di bahagian bawah kompleks 4 tingkat ini masih tedapat 2 kedai yang masih beroperasi iaitu kedai karpet dan kedai meniaga barang-barang lama. Di dalam nya pula ada ruang niaga makanan yang kosong sepenuhnya.

Kedai perniagaan menjual barang lama dan menyewa barang sound system

Kedai perniagaan karpet 

Ruang niaga makan yang kosong tiada penyewa
Di tingkat dua pula terdapat sebuah kedai barang lama dan satu pejabat persatuan keselamatan yang beroperasi. Kedai yang lain hanya tingal banner dan barang barang yang ditingalkan penyewa yang lama.

Mungkin penyewa sebelum ini adalah perniagaan baju bundle berdasarkan barang dalam kedainya
Pejabat Operasi Keselamatan Strait Force
Banner di depan kedai yang kosong
Kedai barangan lama
 Di tingkat 3 dan 4 hanya ada sebuah kedai pengiklanan yang beroperasi .

Kedai RST Advertising
Kedai yang sudah ditutup
Tingkat atas adalah kosong sepenuhnya

Ruang legar tingkat 4.

Basement car park disini
Apa yang penulis boleh harapkan, mungkin kerajaan negeri perlu berbuat sesuatu untuk mengembalikan minat peniaga untuk berniaga disini. Pada masa pembukaannya kompleks ini 4 tahun lepas, terdapat kira-kira 50 peniaga disini, namun sekarang hanya tinggal 5 peniaga yang masih bertahan. Keadaan disini agak sama seperti di Terminal Bas Ekspress Ukir Square yang kekurangan penyewa di bahagian tingkat 2 dan 3. Mungkin tempat ini lebih sesuai dibangunkan semula sebagai tempat untuk persatuan-persatuan berdaftar beroperasi atau sebagai hotel murah.

Ok. Semoga berjumpa lagi pada post akan datang.

Comments

Popular posts from this blog

Syarat-syarat menyertai INSEP

Singgah di Kompleks Pelancongan Jeti Semeling, Merbok

Tugu Peringatan Tsunami Kota Kuala Muda, Kedah