Sushi King : Hidangan warna warni yang berkalori sederhana tinggi


Kalau diikutkan ini kali ke-4 aku jejakkan kaki ke restoran Sushi King. Pengalaman pertama masuk restoran ala jepun ngan kawan-kawan masa zaman universiti. Memang jakun gila masa tu, tengok sushi bergerak dari meja ke meja. haha.. Masa tu, aku ingat restoran ni hidang sushi je, tak de la nak tengok menu, jadi hari tu makan sushi je la.. Kawan aku, Jason pun sama jgk, dia pun makan sushi je. Masa tu ingat nak amik sushi yang paling murah sekali iaitu sushi yang pinggan warna biru. Jadi bertingkat-tingkat la pinggan warna biru kat meja kami..haha.  Sorang lagi kawan aku Erik loaded skit, dia dok ngap sushi pinggan colour merah, unggu.. Kitorang tengok je. Masa nak bayar dia la yang paling mahal, aku ngan kawan aku jason bayar dalam RM 12 je..

Pengalaman 4 tahun lepas memang tak dilupakan. Yang pasti sejak hari tu, aku belajar banyak tentang makanan jepun ni. Aku siap research kot tentang sushi kat internet. Since 2014 makanan jepun ni dah jadi kebiasaan bagi penduduk bandar, sebab harga pun tak la mahal sangat.

Aku pergi restoran ni minggu lepas sorang-sorang je. Kawan aku yang kerja kilang ngan aku semua tak minat sushi, dan family aku pun kurang berkenaan dengan makanan kat sini.. Masa masuk restoran tu, staff akan akan "selamat datang" dalam bahasa jepun.. aku pun tak faham... Masa tu waktu lunch kira ramai la orang.



Bila dah makan sorang, ini lah tempatnya. Feeling foreveor alone pulak. haha.. 


Ini antara sweet sauce dan soy sauce tuk makan dengan sushi. Ada loceng yang kita boleh tekan tuk panggil staff. Kira moden jugak la kan.


Kali ni aku buka menu dia. Yang istimewa menu ni adalah dia ada muka surat content. Macam baca buku pulak kan.. Kat situ ada ditulis hidangan yang disediakan, macam desert, beverage, jenis-jenis sushi, dan beberapa hidangan jepun yang aku pun susah nak sebut.




Harga sushi ni ikut pinggan dia. Macam colour biru ni dlm RM2 je, tapi yang mahal warna unggu ni, harga dalam RM6.


Ada jugak temaki dan rice burger. Yang rice burger tu, nampak pelik lak..haha..


Ini menu untuk set meal. Selalunya pelanggan akan amik hidangan dari set meal menu ni la. Macam aku, hari ni aku order mix bento.Sebab itu harga yang paling berpatutan bagi aku, dan last time aku makan memang sedap. .




Sambil tunggu order aku siap, apa lagi, kena la merasa sushi yang berjalan ni. Bagusnya Sushi King ni, dia dah letak siap-siap kalori bagi setiap hidangan. Jadi mudah la bagi orang yang menjaga diet tuk kawal pemakanan.  

Ni antara sushi yang aku amik.
Egg mayo : 119 Kcal

Tuna Mayo : 128 Kcal

Salmon Mayo Maki : 159 kcal
Sambil-sambil makan tu, sempat la tengok chef buat sushi. Nampak senang je.
Setelah 10 minit menunggu, siap la hidangan yang aku order. Ini adalah Mix Bento.

Macam biasa, minuman kegemaran aku, Hot Green tea. 4 gelas kot aku minum air ni..hehe.

Makan kat sini memang selesa. Disamping tu, makanan pun sedap, dan sangat puas hati cuma harga tu agak mahal. Tapi, bukan selalu nak berbelanja besar kan.  tapi diingatkan, kalau makan kat sini, ada charge 16 %. Iaitu 10% service charge dan 6% caj GST. Tapi kalau guna kad, discount 10%.


Kalau nak datang, kena la datang ke Amanjaya mall, lokasi tingkat bawah. 

Sushi King Amanjaya
Lot G27 & G28, Amanjaya Mall,
08000 Sg Petani, Kedah
Waktu operasi : 10 am - 10 pm

Semoga berjumpa lagi pada post akan datang

Comments

  1. Saya pun suka makan kat sini, sejak kakak saya bawa saya pi.
    Tp skrg dh tak pi dah sbb ada org kata JAKIM tak iktiraf HALAL restoran ni. Betul ka?
    Saya trngin nk pi lg. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekadar apa yang saya tahu, sushi king tiada sijil halal dari jakim. Tapi masih dlm permohonan

      http://www.halaltimes.com/sushi-king-racing-become-first-halal-japanese-food-outlet-malaysia/

      Sepatutnya, dalam bulan 6 atau 7 baru dijangka mendapat sijil halal dari jakim.

      Delete
  2. Shushi king dah dapat sijil halal pada tahun 2016

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Syarat-syarat menyertai INSEP

Singgah di Kompleks Pelancongan Jeti Semeling, Merbok

Tugu Peringatan Tsunami Kota Kuala Muda, Kedah