Kelas sudah pun bermula : Pengenalan subjek-subjek dan program

Sudah masuk 1 minggu belajar disini, dan banyak jugak ilmu yang dah masuk ke corong telinga, tapi tak tahulah sama ada akan lekat ke tidak..hehe. Kursus ini sebenarnya banyak berkait dengan oil and gas, jadi kebanyakkan subject-subject yang diajar disini berdasarkan operation dan maintenance industri minyak. Kira agak beruntung jugak la, kalu nak belajar selalunya kena masuk Instep, tapi kat sini pun dah ada dan percuma. Syukur. Pada minggu pertama, pensyarah lebih banyak memperkenalkan tentang subject itu sendiri dan kandungan nya supaya pelajar dapat expect outcome from each subject. Tempoh pembelajaran adalah kira-kira 4 bulan, dan terdapat 8 subject yang yang akan diajar dari segi teori dan parktikal.

Macam biasa kalau ke kelas teori, memang akan pakai smart attire dan berkasut. Kelas teori sama seperti belajar di kelas-kelas semasa di sekolah dan universiti
Kalau ke kelas praktikal, selalunya akan ke lab, workshop ataupun hands on machine-machine yang terdapat diluar kelas. Lebih banyak kepada pelajar mengaplikasi ilmu yang belajar di dalam kelas teori ke kelas praktikal. Sebagai contoh, kelas subject pneumatik, dimana pelajar didedahkan dengan ilmu dimana tekanan gas yang dimampatkan digunakan untuk pergerakan mekanikal sesuatu machine.

Dibawah adalah quick exhaust valve  Di letakkan di double acting pneumatic cylinder, fungsi nya lebih kepada mempercepatkan rod retract dari kedudukan extend secepat mungkin. Konsep pneumatik akan diajar  dalam kelas teori dan didalam kelas praktikal, pelajar akan hands on tentang kegunaan nya. Selain tu, diajar juga bagaimana hendak membaiki dan maintence valve ini mengunakan alatan tertentu.
 Tapi bukan satu je yang kita akan belajar tentang valve ni, terdapat berpuluh-puluh pneumatic instrument ini yang perlu dfahami dari segi konsep dan penggunaan nya dan cara membaikinya. Itu yang menjadikan kelas di sini menarik.

 Ini adalah salah satu kelas, terdapat 7 lagi subject yang diajar, kira betapa banyak nya ilmu yang akan dihadam setelah tamat kursus disini. hehe... Apa pun, kelas dekat sini memang enjoy.

Sebelum tu, penulis kongsikan maklumat mengenai Kursus Engineering Operation and Maintenance INSEP di Tati.


 Apa pun, berjumpa lagi pada post akan datang. Terima kasih kerana membaca.


Comments

Popular posts from this blog

Syarat-syarat menyertai INSEP

Singgah di Kompleks Pelancongan Jeti Semeling, Merbok

Tugu Peringatan Tsunami Kota Kuala Muda, Kedah