Kesedapan Nasi Kandar di Restoran Nasi Kandar Yasmeen.


Apa kata, singgah sebentar di Restoran Nasi Kandar Yasmeen. Ini adalah salah satu restoran nasi kandar yang terbaik disini. Banyak pilihan lauk pauk dan yang paling penting sedap dan tempat makan nampak ekslusif seperti makan di hotel. Sejak pertama kali makan nasi kandar kat sini, terus jatuh cinta dengan keenakan nasi kandar ni. Betul, memang sedap. Bagi ku, kalau nak dibandingkan dengan restoran nasi kandar lain seperti Nasmeer, Hussein, Makbul yang terdapat di sekitar Sungai Petani ni, nasi kandar ni antara yang terbaik.

Pelbagai hidangan lauk pauk
Kalau aku singgah kat sini, selalu nya akan mintak nasi kandar yang berlaukkan ayam goreng, sayur kobis dan kuah campur. Keistimewaan nasi kandar kat sini adalah nasi tu. Nasi yang dihidangkan adalah nasi minyak yang dimasak sempurna dan lembut apabila dimakan.  Ayam goreng pun besar, dan pasti anda puas hati. Harga untuk hidangan ini tanpa air adalah RM 5.50 dan tiada GST dikenakan. Harga pun sangat berpatutan.

Hidangan nasi kandar pilihan hati  RM 5.50
Lagi pun hiasan dan susun atur restoran ni, kelihatan macam dekat hotel 4-5 bintang. Betul, dengan aircond yang sejuk, layanan yang mesra dari pelayan restoran, kerusi yang empuk dan pemasangan lampu di siling yang cantik membuatkan rasa macam dekat restoran mewah walaupun dekat restoran mamak je pun.hehe.. Kebanyakkan pelayan boleh berbahasa melayu jadi memang mudah la nak amik order. Tempat sembayang pun disediakan dan tandas disini sentiasa dibersihkan.

Gambar di dalam restoran.

Lampu di siling yang menarik perhatian

Susun atur restoran

Tempat membasuh tangan dengan cermin besar

Tempat membuat air yang dihiasi lampu-lampu
Jadi kalau sesiapa yang nak makan nasi kandar yang disedap, dan feel macam dekat hotel boleh la berkunjung disini. Restoran ni terletak di depan pasaraya C-Mart Amanjaya Mall. Baru je dibuka beberapa bulan yang lepas.
Dibuka setiap hari. dan tutup dari pukul 1 pagi sehingga 10 pagi.

Saya pasti anda tak menyesal. Berjumpa lagi pada post akan datang.

Comments

Popular posts from this blog

Syarat-syarat menyertai INSEP

Singgah di Kompleks Pelancongan Jeti Semeling, Merbok

Tugu Peringatan Tsunami Kota Kuala Muda, Kedah