Tempat Menarik di Kuala Perlis



Kuala Perlis adalah satu destinasi tumpuan di Malaysia. Tarikan utamanya adalah tempat persinggahan penumpang sebelum ke Langkawi menggunakan pengangkutan air iaitu feri. Walaupun hanya tempat persinggahan untuk pelancong, namun ia turut menjanjikan beberapa tempat menarik untuk para pelancong yang datang ke sini. Jadi jika telah tiba ke sini, jangan lupa untuk mengunjungi beberapa tempat menarik yang ada disini.. 

Antara menjadi tumpuan disini adalah kecantikan panorama petang semasa matahari sedang tengelam di pantai. Di antara kawasan jeti Brasmana Hotel, anda dapat melihat momen-momen indah matahari yang bertukar warna dari kuning ke oren pada pukul 6.30 - 7.30 malam. Dengan laut yang surut pada waktu itu, lensa kamera tidak melepaskan peluang mengambil beberapa gambar sebagai memori disini.





Cuma jeti Brasmana (Ocean Glow) ini di tutup untuk para pengunjung semasa kami tiba, hanya dapat mengambil gambar dari jauh. . Teringat lagi, pada tahun 2006, saya dan rakan-rakan seperjuangan di MRSM dibawa kesini untuk majil makan-makan, sempena meraikan pelajar-pelajar yang akan menduduki SPM. Sudah 11 tahun tidak kesini, dan momen kenangan dahulu masih lagi bermain difikiran.


Siput Laut (Mona Seafood)

Mona Seafood

Selain itu, keenakan makanan laut menyebabkan pada waktu petang ia menjadi sangat meriah.  Jenis masakan seafood yang terdapat disini adalah berdasarkan permintaan anda. Antaranya sotong masak tepung, udang tempura, goreng mayonis, tom yum, etc. Cuma pastikan budget anda cukup sebelum makanan tiba di meja makan. 


Antara kedai makan yang popular di medan selera disini adalah Mona Seafood. Masakannya adalah yang terbaik disini. 



Selain itu, terdapat jugak kedai lain yang anda boleh kunjungi disini.





 Buat pengunjung yang ingin singgah ke Kuala Perlis, ini adalah checklist yang anda boleh gunakan semasa berada disini.


Map Kuala Perlis (Google Maps )


Medan Selera Jeti


Kuala Perlis Lookout Point ( Sebelah Masjid Husain )
.

1) Dataran Kuala Perlis
2) Restoran Makanan Laut tepi pantai (Medan Selera )
3) Masjid Al-Husain
4) Muzium Kota Kayang
5) Ocean Glow Brasmana Hotel Kuala Perlis


Aktiviti Menarik disini
1) Sunset Photography di dataran Kuala Perlis
2) Menikmati makanan laut yang segar


Masjid Al Husain


Jeti Kuala Perlis

Deretan Hotel depan Jeti Kuala Perlis

Terminal Jeti

Kompleks Tiket Kuala Perlis


Pemandangan Jauh dari Brasmana Hotel Balkoni

Untuk ke Muzium Kota Kayang, jarak perjalanan adalah dalam 15 minit dari jeti kuala perlis. Bayaran masuk adalah percuma, dan terdapat makam, Muzium Sejarah Perlis dan Galeri DiRaja Perlis.

Peta Muzium Kota Kayang ( Google Maps )

Muzium Kota Kayang
Untuk Muzium Kota Kayang, nantikan post seterusnya.

Terima Kasih

Comments

Popular posts from this blog

Syarat-syarat menyertai INSEP

Singgah di Kompleks Pelancongan Jeti Semeling, Merbok

Tugu Peringatan Tsunami Kota Kuala Muda, Kedah