Pesta Buku Kuala Lumpur 2019



Pesta Buku Antrabangsa Kuala Lumpur adalah antara event yang ditunggu - tunggu oleh peminat buku. Antara tarikan utamanya adalah harga buku yang diberi diskaun berkali ganda dari biasa. Boleh dikatakan semua penerbit akan menawarkan harga diskaun yang istimewa dan pasti ia adalah satu pemangkin kehadiran pengunjung ke sini.  Laman web rasmi adalah https://www.klibf.my/index.php

Peta lokasi PWTC

Lokasi nya adalah di PWTC, Kuala Lumpur. Untuk ke sini, digalakkan menggunakan pengangkutan awam/LRT kerana parkir disini adalah agak terhad terutama di PWTC. Jika anda ingin menggunakan kereta, pastikan anda tiba awal, dan masuk ke parking di Sunway Putra yang berada bersebelahan dengan PWTC. Elakkan dari parking kereta di sekitar sisi jalan jika tidak mahu disaman oleh pihak penguatkuasa.


Apabila anda tiba disini, pastikan anda menyemak senarai exhibator yang terpamer berdekatan pintu ,masuk, dari sini mudah anda ingin mengatur pergerakan anda disini. Antara penerbit terbesar adalah DBP dan PTS, Pesta Buku Kuala Lumpur kali ini mempunyai exhibator yang ramai sehingga anda perlu pergi ke tingkat 3 untuk mencari buku idaman anda.  


Pastikan anda mendaftar di kaunter yang terdapat di bahagian bawah kerana anda akan diberikan pendaftaran percuma sebagai ahli Kelab Buku. Terdapat beberapa faedah yang diberikan kepada anda ataranya, Diskaun Instimewa, Cabutan Bertuah dan Jemputan acara khas. 


Jika pihak sekolah datang ke sini dengan rombongan pelajar, pihak penganjur akan menyediakan sjil kepada pelajar-pelajar sekolah, yang pasti, pendaftaran perlu dilakukan di kaunter. 


Selain itu, sesi fotography dan autograf diadakan mengikut masa yang ditentukan di bahagian bawah. Seperti biasa, anda boleh bersua muka dengan penulis-penulis ini bertukar pendapat dan mengenali mereka secara dekat. 

Seperti kali ini, pihak penerbit PTS menawarkan diskaun sehingga 50% untuk judul-judul terpilih yang menjadi tumpuan disni. Selain itu, dengan terdapat nya pelbagai penerbit disini, anda akan tersedar betapa banyak nya buku yang dihasilkan di Malaysia, namun tidak semua buku ini  berjaya dipamerkan/dijual di kedai-kedai buku. Disini sahajalah, anda boleh mencari pelbagai jenis buku berlainan genre.



Sepanjang berjalan dan membaca buku disini, terdapat beberapa buku yang menarik perhatian penulis, antara nya di sudut "Self Improvement" dan "Motivation".












Istimewanya kali ini, terdapat Pavilon Arab Saudi di sini yang menunjukkan kebudayaan dan buku-buku keluaran dari sana. Jadi kalau hendak tahu ada apa lagi disini, jadi berkunjunglah ke Pesta Buku Kuala Lumpur 2019.


Ia pasti mengamit pemikiran dan menanam minat membaca. 
Terima kasih kerana membaca, jumpa lagi untuk pengembaraan akan datang. 

Comments

Popular posts from this blog

Syarat-syarat menyertai INSEP

Singgah di Kompleks Pelancongan Jeti Semeling, Merbok

Tugu Peringatan Tsunami Kota Kuala Muda, Kedah