Permulaan Hari Yang Lebih Baik

Hari ini adalah hari yang tenang untukku. Aku memulakan hari dengan menulis tentang kehidupanku sebagai panduan untuk orang lain. Aku berjalan jauh hingga tiba di Amerin Mall untuk makan tengah hari. Namun, hari ini aku sedikit terganggu kerana mengalami sakit urat akibat batuk yang berpanjangan malam tadi.

Walaupun aku sakit, aku tetap pergi ke pejabat yang berdekatan pada pukul 7.15 pagi untuk membuat beberapa rekod. Dengan memakai baju melayu dan seluar trek suit, aku meneruskan kerjaku sehingga pukul 7.50 pagi, ketika pekerja lain telah tiba untuk kerja.

Selepas itu, aku pergi ke Klinik Putra untuk mendapatkan ubat bagi sakit tekakku. Aku telah berusaha menahan sakit, tetapi masih terasa. Seorang doktor muda yang memeriksa berkata tiada masalah serius, mungkin disebabkan cuaca hujan malam tadi. Isteriku menasihatkan agar aku makan ubat yang disediakan oleh syarikat, jadi aku memutuskan untuk menggunakan kemudahan yang ada.

Aku kemudian berjalan dan berjogging selama kira-kira 20 minit di padang. Rasanya sangat seronok berjogging di sini, dan aku impikan untuk tinggal di rumah yang dekat dengan padang supaya aku dapat berjogging pagi atau petang. Cuaca redup dan air embun pagi mencipta suasana yang tenang, dan bunyi burung berkicauan mengingatkan aku pada zaman belajar di universiti dahulu.

Selepas penat dan kepanasan, aku berhenti sebentar. Aku merakam perjalanan menggunakan aplikasi sebelum pulang ke rumah. Setibanya di rumah, aku termenung seketika di bilik melihat fail pejabat yang perlu disiapkan. Kali ini, aku mengumpulkan semua fail dan memasukkannya ke dalam kotak. Aku merasa lega apabila bilik ku menjadi bersih. Aku kemudian mencuci sebahagian pakaian yang belum disidai dan tidur seketika, mungkin kesan daripada ubat batuk yang aku makan sebelumnya. Setelah bangun, aku mencuci cadar, comforter, dan kasut, lalu menjemurnya di tengah panas. Aku merasa letih memikirkan tentang membawa pakaian ini ke dobi untuk dikeringkan, jadi aku memanfaatkan cuaca cerah ini untuk menjemur baju dan cadar.

Hati ini terasa kosong kerana aku tidak mengisinya dengan ibadah. Aku rasa kehilangan keupayaan apabila melihat keadaan diriku sekarang. Aku sangat ingin menghadiri kuliah agama setiap Maghrib di sini. Aku ingin berubah mulai sekarang, dan mencari keimanan bermula dengan langkah sendiri. Teringat kisah Bukit An-Nur, di mana Nabi Muhammad SAW beribadah dan mencari petunjuk Allah di bukit yang tinggi dan curam.

Nasi Kandar Jahir, Amerin Mall, Balakong. 21 April 2019

Comments

Popular posts from this blog

Syarat-syarat menyertai INSEP

Singgah di Kompleks Pelancongan Jeti Semeling, Merbok

Tugu Peringatan Tsunami Kota Kuala Muda, Kedah